KUIZ RAUDHAH' 11 SEPANJANG BULAN RAMADHAN



Salam Ramadhan buat semua ahli BKAWM.

" Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Tak ingin ku biar kan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar……”


Adakah anda mengambil cakna akan peristiwa yang telah berlaku pada bulan Ramadhan di zaman Rasulullah SAW?

Bagaimana pula anda melalui Ramadhan kali ini, adakah anda menghayati sirah perjuangan Baginda Nabi SAW?

Dan bagaimana pula anda menangani permasalahan-permasalahan berkenaan feqh ibadat yang berlaku pada bulan Ramadhan?

Bagi mengetahui sejauh mana pengetahuan anda dalam perkara tersebut, marilah sama-sama kita meningkatkan Thaqafah di bulan Ramadhan ini dengan menjawab Kuiz Ramadhan yang telah disediakan oleh Komuniti Raudhah ’11 pada tahun ini.

Semoga amal ibadat kita di bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah SWT.



Disediakan oleh: Unit Variasi & Kenangan RAUDHAH' 11


0 comments:

Post a Comment

Blogroll