Generasi Rabbani Peneraju Kepimpinan Islam



Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Rasulullah S.A.W, keluarga baginda dan para sahabat.


Kita amat beruntung kerana Allah masih memberi peluang kepada kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang penuh barakah. Jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Kuatkan azam dan tekad agar madrasah Ramadhan kali ini dapat melahirkan generasi pelapis rabbani yang dapat memahami kehendak islam dalam setiap aspek kehidupan.


Setelah hampir dua bulan menghadapi musim peperiksaan, akhirnya tiba bulan Ramadhan yang pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua selaku mahasiswa/wi Islam. Senggang waktu yang panjang ini haruslah dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti pengisian rohani dan jasmani.


Generasi pelapis atau disebut juga sebagai golongan yang akan menyambung kesinambungan dakwah dan gerak kerja Islam yang luas merangkumi pelbagai sudut. Agenda melahirkan generasi ini menuntut kepada perancangan yang rapi oleh generasi sebelumnya yang lebih berpengalaman.


Oleh itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menyusun pelbagai aktiviti yang sesuai untuk menjayakan agenda ini antaranya Program Pembangunan Mahasiswa Islam (PROMISE 2 BKAWM) Siri 2 yang telah diadakan pada akhir Julai. Aktiviti seperti ini adalah sangat penting dalam melatih ahli menjadi seorang mahasiswa/wi yang berkebolehan.


Generasi pelapis haruslah mempunyai kefahaman yang kukuh dan berkemahiran dalam pelbagai aspek sebagai persediaan bagi mereka untuk menghadapi arus deras dalam kehidupan, kepimpinan dan perjuangan menegakkan kedaulatan Islam pada masa akan datang.


Kesempatan ini seharusnya digunakan sebaiknya oleh generasi pelapis untuk memenuhi ilmu di dada dan mengambil kesempatan untuk menyertai pelbagai program untuk meningkatkan kemahiran diri.


Akhir kalam,saya menyeru kepada mahasiswa/wi pelapis kepimpinan Islam agar mengambil kesempatan keberadaan dalam bulan Ramadhan ini untuk mengisi jiwa dengan roh Islam dan mentarbiyah diri. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita sama-sama mendapat keampunan.


Ayuh kita bersama-sama dengan RAUDHAH ’11 dalam mengisi jiwa kita dengan roh Ramadhan Kareem.


“Ibadah disemai, Ganjaran dituai, Kegembiraan dicapai”

“KEUNGGULAN UKHUWAH PEMANGKIN TARBIYAH”


Dalia Binti Zaidi

Timbalan Unit Perumahan dan Rehlah

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2010/2011


Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]