BKAWM Bersama MAHASISWA - Kenyataan Rasmi YDP BKAWM


Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya, dapat lagi kita sama-sama meneruskan kehidupan ini dalam menyambung rantai-rantai perjuangan dakwah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat.

Mahasiswa merupakan satu golongan yang mengetahui apa yang mereka mahukan selaras dengan syariat dan ajaran islam, mahasiswa merupakan golongan yang mampu menegakkan kebenaran dengan kekuatan tersendiri, mahasiswa merupakan golongan yang peka dan cakna dengan isu semasa dan hal-hal persekitaran mereka.

Justeru itu, tidak wajarlah kita selaku mahasiswa hanya sekadar aktif dalam berprogram atau bersukan, hanya sekadar mahu memburu segulung sijil, hanya mampu mendiam diri dalam berhadapan dengan isu sekeliling, maka dengan itu sahabat sekalian, di manakah posisi kita dalam menjamin gerak kerja islam terus berkembang?

Sejak akhir-akhir ini pelbagai isu yang melanda sekitar mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini seperti mana sahabat sekalian telah sedia maklum dari pelbagai sumber media, dan kami dari Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) akan bersama-sama seluruh mahasiswa dalam memberi sokongan kepada seluruh gerak kerja menegakkan hak mahasiswa dan juga isu kebajikan mahasiswa.

Semoga sempena bulan Ramadhan ini, kita mampu meningkatkan lagi ibadah dan usaha dakwah kita dalam memburu keredhaanNya dan di kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat beramal dalam bulan Ramadhan kepada seluruh anak Wilayah Persekutuan Mesir.

Siru ‘ala barakatillah.

Wassalam.

“KEUNGGULAN UKHUWAH PEMANGKIN TARBIAH”

Mohammad Adlly Bin Mohammad Bokhari
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM),
2010/2011.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll