RAUDHAH '11 - Iftor Taakhi Melakar Kenikmatan Ukhuwah Islamiah


KAHERAH, 28 Ogos - Hubungan taakhi Zon B PMRAM Cawangan semakin utuh dan mantap apabila Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menganjurkan Iftor Taakhi dengan Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) bertempat di sini.

Majlis bermula dengan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Wilayah yang di ketuai oleh Saudara Muhammad Nazmi Bin Abd Samat. Majlis diteruskan lagi dengan iftor jamaie.



Selepas solat maghrib, majlis sambung kembali dengan penyampaian cenderahati kepada pemenang Teka RAUDHAH '11. Bagi ikhwah dimenangi oleh Saudara Ahmad Baihaiqi Bin Syamsul Ariffin, manakala akhawat dimenangi oleh Saudari Siti Saleha.



Sebelum berakhirnya majlis, YDP BKAWM, Saudara Mohammad Adlly Bin Mohammad Bokhari menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada TYDP KPKM, Saudara Baharuddin Bin Hussin.

Sebelum bersurai, semua muslimin dan muslimat dijamu dengan masakan spesial sempena iftor kali ini dan sesi fotografi antara BKAWM dan KPKM.

Turut hadir BP PMRAM, Saudara Huzaifah Bin Fauzi, HEWI Angkat BKAWM, Saudari Siti Sarah Binti Bushari, Penasihat HEWI PMRAM, Saudari Mahfuzah Binti Saidina Abu Bakar, Saudari Intan Soraya Binti Hashim , Saudari Suhana Binti Idris, Saudari Nurul Arifah Binti Hilmi dan Saudari Nurlida Binti Kelima.



Moga ukhuwah islamiah yang terjalin di antara PMRAM Cawangan Zon B agar terus kukuh, utuh, kental dan mantap.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah