Warna Warni Perasmian RAUDHAH '11



ARWP, 3 Ogos - Bertemakan "Ibadah Disemai, Ganjaran Dituai, Kegembiraan Dicapai" ARWP bersinaran dengan Majlis Perasmian Ramadhan & Eidulfitri Celebration 1432H/2011M (RAUDHAH '11) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di sini.

Majlis yang dirasmikan oleh Encik Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff selaku Pengurus ARWP bermula selepas berbuka puasa beramai-ramai di Dewan Sri Putra. RAUDHAH '11 kali berbeza dengan tahun-tahun yang lepas kerana ia mengabungkan konsep moden dan klasik.

Pelbagai program yang dijalankan sepanjang RAUDHAH '11 ini. Antaranya tadarus a-quran, diskusi kitab, iftor jamaie dan lain-lain lagi.

" Di kesempatan yang masih ada ini, saya ingin memohon maaf atas segala silap dan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri," ujar beliau yang kan pulang penghujung Ramadhan ini.



Di samping itu juga, YDP BKAWM turut mengambil bahagian dalam ucapan, " Saya mewakili Kepimpinan BKAWM mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, "



" Saya mengharapkan agar kita semua dapat mengambil kesempatan atau ruang yang diberikan kepada kita untuk menggunakan sebaiknya dengan bersungguh dalam mengerjakan ibadah di dalam bulan mulia ini, " kata Pengarah RAUDHAH '11, Saudara Muhammad Syazwan Syamil Bin Mohd Razman.

Di akhir majlis, para tetamu disajikan dengan tayangan video terbitan WIMAC yang bertajuk " Masyi Masyi Shuf To'am" dan jamuan yang enak.






Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]