10 Muharram 1433H Diserikan Lagi.

5 Disember 2011, Isnin : Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan sambutan hari Asyura bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) anjuran Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Bersempena itu juga, seluruh ahli BKAWM digalakkan berpuasa sunat.

Sambutan tersebut telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti mengacau bubur Asyura (Versi Wilayah) yang telah diketuai oleh saudari Nurhaziratul Naim binti Sidek. Kemudian disusuli dengan majlis berbuka puasa pada malam hari. Malam tersebut telah diserikan lagi dengan tazkirah yang telah disampaikan saudara Hamizan bin Abdul Karim. Tazkirah tersebut mengisarkan tentang sirah hari Asyura dan fadhilat-fadhilat memuliakan hari tersebut.


Pada kesempatan itu, Unit Biah Solehah BKAWM telah melancarkan Kempen Biah Solehah yang berslogankan "TOWARDS PRODUCTIVE MUSLIM". Majlis diakhiri dengan tayang video pelancaran kempen. Sejuta penghargaan diucapkan kepada seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan hari Asyura ini.

Seluruh barisan kepimpinan BKAWM mengucapkan salam Maal Hijrah. Semoga tahun 1433H menjadi batu loncatan untuk kita memperbanyak amal kebaikan dan terus berbakti untuk agama islam tercinta.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]