Tabung Kebajikan - Pegawai dan AJKT turun menghulurkan bantuan

16 Disember 2011, Jumaat: Pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff bersama Ketua Lajnah Kebajikan, BKAWM menziarahi saudara Mohd Amin bin Kamal, pelajar Perubatan tahun dua, Universiti Kaherah yang di timpa musibah minggu ini.

Beliau yang baru-baru ini menghadapi kecelakaan apabila kaki kanan beliau patah akibat tersalah langkah ketika menyertai aktiviti sukan peringkat perubatan di sini.

Sejurus selepas kejadian, beliau terus di bawa ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan yang selanjutnya dan beliau menjalani pembedahan serta di tahan di wad berkenaan untuk beberapa hari. Keluarga beliau turut hadir ke Mesir untuk melihat dan menjaga beliau sepanjang menerima rawatan di sini.



Disamping itu juga pihak persatuan PERUBATAN Pusat turut menghulurkan bantuan bagi meringankan kos rawatan beliau di sini. Pihak BKAWM yang di wakili Ketua Lajnah Kebajikan, saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah telah menziarahi beliau di hospital dan menghulurkan sumbangan Tabung Kebajikan beberapa hari lepas.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]