Fadhilat Solat Sunat Hifzi

Bersempena dengan imtihan yang bakal tiba, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menganjurkan Solat Sunat Hifzi bagi memberi peluang kepada ahli supaya dengan fadhilat Solat Hifzi, iaitu dapat menguatkan ingatan bagi yang mengamalkannya, dapat memperkemaskan lagi persediaan ahli BKAWM untuk menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Solat Hifzi akan bermula 15 Disember 2011. Butiran adalah seperti berikut:

Tempat : Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP)

Hari : Setiap hari Khamis malam Jumaat

Waktu : Selepas solat fardu Maghrib

Dijemput kepada seluruh ahli BKAWM untuk sama-sama kita amalkan Solat Hifzi seperti yang telah diamalkan para ulama’ terdahulu dalam mereka menimba ilmu duniawi dan ukhrawi.

**Makluman: Serambi Wilayah yang diadakan setiap minggu ditangguhkan sempena peperiksaan yang menjelang dan digantikan dengan Solat Sunat Hifzi pada setiap minggu.**

Salam imtihan dari BKAWM~

0 comments:

Post a Comment

Blogroll