Kepulangan Dua Permata BKAWM


25 Disember 2011,ARWP- Dua permata yang telah banyak berjasa dalam membantu menjayakan agenda kebajikan BKAWM telah pulang ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian di sini. Mereka ialah saudara Hamizan bin Abdul Karim, graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta dan saudari Wan Noor Sakinah binti Wan Abd Rasyid, graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah.

Saudara Hamizan bin Abdul Karim mula berjinak-jinak dalam khidmat sosial dan dunia persatuan di Mesir, khususnya BKAWM sejak tahun 2008 iaitu sebagai juruaudit pertama akaun BKAWM pada sesi itu. Walaupun sibuk dengan bebanan tugas di Tanta, namun beliau terus komited mencurahkan khidmat kepada semua ahli BKAWM. Kali terakhir beliau memegang jawatan sebagai pengarah Suruhanjaya Pilihanraya BKAWM pada tahun 2011.

Saudari Wan Noor Sakinah binti Wan Abd Rasyid pula merupakan mantan AJKT HEWI BKAWM selama dua tahun berturut-turut. Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Bendahari Agung BKAWM pada sesi 2008/2009 dan seterusnya sebagai Timbalan Setiausaha Agung BKAWM pada sesi 2009/2010.Sehingga ke penghujung tahun 2011,beliau sangat aktif menjadi ajk pelaksana dalam program-program BKAWM.

BKAWM mengucapkan selamat pulang ke tanah air tercinta kepada saudara Hamizan bin Abdul Karim dan saudari Wan Noor Sakinah binti Wan Abd Rasyid. Besar harapan BKAWM untuk melihat kalian terus thabat dalam perjuangan meneruskan risalah Islam di Malaysia. Semoga dengan kepulangan kalian dapat membuktikan kepada masyarakat di Malaysia bahawa mahasiswa/wi keluaran Mesir memiliki kualiti yang tersendiri dan setaraf dengan mahasiswa-mahasiswa seantero dunia.

Comments

  1. ust hamizan > graduan usuluddin major in tafsir...

    ReplyDelete
  2. ust hamizan sebelum 2008 lagi sudah berkhidmat di BKAWM.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]