Jaulah Maqam Siswi

9 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433 Hijrah,Unit Perumahan dan Rehlah dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2011/2012 telah mengadakan jaulah maqam di sekitar Kaherah. Seramai 20 orang peserta siswi ,seorang peserta siswa diiringi ditemani 2 orang mushrif telah mengikuti jaulah ini.

Rombongan bertolak dari Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP ) seawal jam 7.30 pagi menaiki coaster ke destinasi yang ditetapkan dan pulang semula pada jam 4.00 petang. Antara makam yang diziarahi adalah Maqam Sayyeda Zainab, Maqam Wali Saghir dan Maqam Ibnu Athoillah Al-Iskandari. Semoga peserta jaulah mendapat pengajaran dan iktibar daripada pengembaraan ini.




0 comments:

Post a Comment

Blogroll