Ramah Mesra Bersama Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan

9 Disember 2011, Jumaat : Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah membuat kujungan secara tidak rasmi untuk bertemu Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh. Pertemuan ini menunjukkan bahawa BKAWM mempunyai hubungan yang sangat erat dengan pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara tajuk perbualan yang dibincangkan ketika sesi pertemuan tersebut ialah mengenai perkembangan BKAWM, isu semasa umat Islam di Malaysia, pengalaman Datuk Mufti ketika menimba ilmu di bumi Mesir selama tujuh tahun, dan sebagainya. Turut hadir dalam sesi pertemuan ialah mantan Yang DiPertua BKAWM sesi 2005/2006, saudara Hairul Nizam bin Mat Husin. Kunjungan tersebut berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan ringan. Pihak BKAWM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh atas kunjungan ke imarah kami ini. Beliau mengingatkan kepada seluruh pelajar Malaysia khususnya anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir agar menghargai masa dan ruang waktu yang telah Allah berikan agar dipenuhi dengan pengajian ilmu yang bermanfaat. Semoga hubungan yang terjalin antara dua pihak ini menjadikan BKAWM terus utuh.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]