45 Warga Baru MAIWP Mula Bertugas

KUALA LUMPUR, 3 September – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menerima 45 orang warga baru bagi mengisi jawatan-jawatan kosong di beberapa bahagian dalam MAIWP.

Kesemua 45 petugas baru yang dilantik hadir untuk melapor diri dalam satu majlis ringkas pada hari tersebut. Antara yang dilantik ialah Pengetua SMA LABUAN, Encik Mohd Hasnizan bin Hassin.

Majlis dihadiri oleh YBhg Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP, Encik Ismail bin Porjo, Timbalan KPE MAIWP dan pengurus-pengurus bahagian.

YBhg Dr Muhammad Yamin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dilantik menjadi warga MAIWP dan berharap perlantikan ini dapat membantu MAIWP melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]