Kebajikan Terus Disalurkan

KAHERAH, 29 September 2012 – Saudari Nabilah binti Ahamad Shaleh, pelajar Perubatan Tahun 3, Universiti Al-Azhar Kaherah telah mengalami kecederaan ketika menjalankan kerja - kerja persiapan baru - baru ini. Dalam kemalangan itu, beliau telah mengalami keretakan di tulang tangan kanan yang memerlukan pada pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut. Beliau kini sedang menjalani rawatan susulan di Hospital az-Zahra', Hayyu Sabie' yang turut memakan belanja setiap hari. Sehingga ke hari ini, kos rawatan beliau sudah mencecah hampir LE 3000.
Demi meringankan bebanan rawatan beliau, Unit Kebajikan telah menghulurkan sumbangan hasil kutipan Derma Kilat yang telah dijalankan bagi mengumpul dana menampung kos perbelanjaan rawatan tersebut. Sumbangan telah diberikan oleh pemangku Naib Pengerusi HEWI,  Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2012/2013, saudari Shahanim Shakirah binti Mhd Kaim.
Saudari Nabilah binti Ahamad Shaleh merupakan antara ahli BKAWM yang sangat proaktif dan sering melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
Seluruh barisan kepimpinan BKAWM sesi 2012/2013 berharap agar semua ahli BKAWM dapat berhati - hati dalam setiap perkara demi mengelakkan berlakunya kemalangan di musim pengkuliahan ini.
"BKAWM Keluarga Kita"

"Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]