Kepulangan Permata BKAWM ke Tanah Air

KAHERAH, 16 SEP 2012 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan kepulangan seorang lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti selama penubuhan BKAWM. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Abdul Rahman bin Aminuddin, graduan Ijazah Sarjana Muda, Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah.

Saudara Abdul Rahman bin Aminuddin mula aktif di dalam khidmat sosial dan dunia persatuan di Mesir, khususnya dalam BKAWM sejak sesi 2008/2009 iaitu sebagai Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan. Seterusnya beliau diamanahkan pula jawatan Setiausaha Agung pada sesi berikutnya. Jasa dan sumbangan beliau tidak berakhir setakat itu. Pada sesi 2011/2012 pula, beliau menjawat jawatan penasihat BKAWM merangkap Ketua Hisbah. Penglibatan beliau di dalam bidang kemasyarakatan tidak hanya di cawangan sahaja, malah beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hisbah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi tahun 2012.

BKAWM mengucapkan selamat pulang ke tanah air tercinta kepada saudara Abdul Rahman bin Aminuddin. Besar harapan BKAWM untuk melihat anda terus tabah dalam perjuangan meneruskan risalah Islam di Malaysia. Semoga dengan kepulangan permata ini dapat membuktikan kepada masyarakat di Malaysia bahawa mahasiswa keluaran Mesir memiliki kualiti yang tersendiri dan setaraf dengan mahasiswa-mahasiswa lain di seluruh dunia.


"BKAWM Keluarga Kita"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll