Lajnah Kebajikan - Agenda Kebajikan Diteruskan

Kaherah – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2011/2012, di bawah Lajnah Kebajikan sekali lagi telah menghulurkan sumbangan kebajikan kepada ahli BKAWM tanda keprihatinan BKAWM dalam menjaga kebajikan ahli-ahli yang kurang berkemampuan dan tidak menerima mana-mana bantuan zakat .

Sumbangan diedarkan pada malam hari perasmian penutup program Reidhwan ’12. Bilangan ahli BKAWM yang menerima sumbangan ini seramai 10 orang yang terdiri dari 4 orang mahasiswa dan 6 orang mahasiswi. Sumbangan ini bukan hanya tertumpu kepada ahli dari jurusan Pengajian Islam sahaja bahkan ahli dari jurusan Sains Kesihatan turut diberi perhatian untuk menerima sumbangan dari Lajnah Kebajikan.

Lajnah Kebajikan BKAWM turut membuka ruang kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang ingin turut sama meringankan bebanan sahabat-sahabat yang kurang berkemampuan dan juga sahabat-sahabat yang ditimpa kemalangan. Semoga dengan sumbangan yang diedarkan ini dapat meringankan lagi beban ahli BKAWM yang kurang berkemampuan.




Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]