Kalam Pimpinan: Sambutan Mahasiswa Baru Sesi 2012/2013


Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tidak pernah jemu mencurahkan rezeki tidak kira kepada hambanya yang taat ataupun ingkar.

Tidak dilupakan juga selawat serta salam buat junjungan besar penghulu sekalian alam Muhammad s.a.w bersama para ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban bagi memastikan kesinambungan Islam itu sampai dan tiba kepada kita pada hari ini.

Mewakili barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2012/2013 dengan rasa gembira dan berbesar hati kami bersedia menerima kehadiran dan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke bumi ilmu ini bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Moga kehadiran mereka kali ini akan menjadikan keluarga BKAWM ini menjadi lebih ceria dan kesatuan kita menjadi lebih utuh dan kukuh.

Moga ukhuwah kita menjadi lebih erat dengan hadirnya ahli keluarga baru di dalam BKAWM kali ini.

“BKAWM Keluarga Kita”
“Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan”

Muhd Bazli bin Zakaria
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
Sesi 2012/2013.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll