Budaya Keilmuan Diterapkan Melalui CIBF

Kaherah, 4 Februari – Pesta Buku Antarabangsa Kaherah atau Cairo International Book Fair (CIBF) merupakan antara tarikan utama yang dinanti – nantikan oleh para mahasiswa Mesir saban tahun. Justeru, Unit Perumahan dan Rehlah telah mengambil inisiatif untuk menyediakn perkhidmatan pengangkutan ke CIBF semalam.

Seramai empat orang siswa beserta 26 orang siswi telah bertolak ke CIBF pada jam 10.00 pagi.

“Aktiviti seperti ini perlu sentiasa dijalankan bagi meningkatkan budaya membaca,” kata salah seorang mahasiswi semalam.
Penganjuran aktiviti seperti ini sememangnya jelas menunjukkan kesungguhan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dalam menerapkan budaya keilmuan dalam kalangan ahli sejajar dengan tema pembawaan BKAWM pada tahun ini iaitu ‘Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan’.

Semoga setiap usaha yang dijalankan bakal melahirkan pulangan yang bermanfaat kepada Islam amnya.
"BKAWM Keluarga Kita"
"KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]