Sweet ’13 – Siswi Beraksi, Pamer Kredibiliti

Kaherah, 28 Jan – “Memperanankan mahasiswi berkredibiliti”, merupakan usul Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menjadi cetusan idea kepada penganjuran program Wilayah Siswi Gathering (Sweet ’13) oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) pada 28 Januari lalu.

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini diterajui oleh mahasiswi sepenuhnya, bermula daripada ahli jawatankuasa pelaksana, urusetia sehinggalah kepada peserta.

Program bermula dengan pertandingan futsal yang diadakan di Gunners. Sebanyak 10 perlawanan telah dijalankan antara 5 kumpulan. Menariknya, pertandingan futsal ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Taakhi Zon A, iaitu wakil dari PMRAM Cawangan Kedah dan PMRAM Cawangan Terengganu. Pelbagai aksi telah ditonjolkan oleh para mahasiswi yang sememangnya sangat berbakat dan aktif bersukan.

Di sebelah petang pula, slot ‘You Are Beautiful’ dijalankan di Dewan Sri Putra, ARWP. Antara pengisian yang dihidangkan ialah ‘Penjagaan Kesihatan Diri Seorang Wanita’ yang disampaikan Saudari Farhaana Ishak serta Saudari Asiah Zaidi. Pengisian seterusnya diberikan oleh Saudari Farizatul Aini Kamarunnizar serta Saudari Siti Jamilah Abdullah Khalit tentang ‘Penjagaan Kecantikan Fizikal Wanita’. Pelbagai tips menarik dikongsikan oleh para pengisi bersama peserta.

Majlis perasmian penutup telah dijalankan pada sebelah malam. Majlis dimulakan dengan alunan qasidah bagi memuji dan memperingati baginda Nabi Muhammad SAW. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Saudari Nurhaziratul Naim bt Sidek, Naib Pengerusi HEWI. Ucapan perasmian penutup pula disampaikan oleh Saudari Intan Soraya bt Hashim, Timbalan Setiausaha HEWI 2012, merangkap HEWI Angkat BKAWM sesi ini.

Berikutnya, sesi penyampaian hadiah telah dijalankan beserta penganugerahan kepada peserta terlibat.

Majlis diserikan dengan persembahan teater oleh para mahasiswi Tahun 1 Perubatan dan Pengajian Islam bertajuk ‘Peluang Kedua’. Persembahan yang diberikan sangat mantap serta padat dengan nilai – nilai moral dan pengajaran.

“Apa yang kita hendak lahirkan daripada program Sweet ’13 ini ialah mahasiswi yang berperanan dari setiap aspek,” ujar Yang Dipertua, Saudara Muhd Bazli Zakaria.

Dengan penganjuran program Sweet ’13 ini, diharapkan objektif yang telah disusun iaitu meribat ukhuwah, melahirkan mahasiswi berkredibiliti serta untuk mencungkil bakat ahli berjaya dicapai.

Program Sweet ’13 diakhiri dengan jamuan makan malam.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]