Kunjungan Pihak BKAWM Menyerikan Kelahiran Dua Cahaya Mata


KAHERAH, 31 Januari – Rombongan daripada pihak Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah berkunjung ke rumah dua keluarga yang baru sahaja menerima cahaya mata.

Keluarga pertama yang dikunjungi merupakan keluarga Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff, Pengurus Asrama Rumah Wilayah, beserta pasangannya Puan Nazahah binti Mohd Saa’id. Pasangan ini dikurniakan dengan anak lelaki, iaitu anak ketiga yang diberi nama Umar pada 11 Januari yang lalu.

Keluarga kedua yang dikunjungi ialah keluarga Saudara Muhd Bazli bin Zakaria, Yang Dipertua, BKAWM beserta pasangannya, Saudari Nur Hidayah binti Mohd Rafe. Pasangan ini pula telah menerima seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Zainab An-Nabawiyyah pada 28 Januari lalu.

Rombongan ini telah menyerahkan sumbangan daripada Tabung Kebajikan kepada Saudara Muhd Bazli dan pasangan berupa set barangan bayi serta sumbangan kewangan.
Kehadiran kedua – dua cahaya mata ini sememangnya menjadi penyeri dalam BKAWM. Semoga mereka bakal menjadi penyambung mata rantai perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW.
 

"BKAWM Keluarga Kita"
"KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]