KENYATAAN RASMI PENGARAH SPR BKAWM 2015.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya Muhamad Hafiz Naim B Raduan telah diamanahkan sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Badan kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir 2015 (SPR BKAWM) bagi menguruskan pemilihan kepimpinan BKAWM bagi sesi 2015/2016. Setelah mana pihak SPR BKAWM telah bermesyuarat pada 7 September 2015 yang lepas, maka dengan ini SPR BKAWM akan mengumumkan tarikh-tarikh berikut.

Bagi tarikh pencalonan kesemua jawatan iaitu Yang Dipertua, Naib Pengerusi Hewi dan Ahli Jawatankuasa Tadbir siswa serta siswi, pada 20 hingga 22 September 2015 bersamaan hari Ahad sehingga hari selasa bermula jam 10.00 pagi sehinga 1.00 tengahari untuk siswa dan bermula jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang untuk siswi. Pengumuman calon-calon yang bertanding akan dibuat sejurus tamat tempoh pada hari akhir pencalonan.
Manakala bantahan pencalonan boleh dibuat pada 23 September 2015 bersamaan hari Rabu bermula jam 10.00 pagi sehinga 1.00 tengahari untuk siswa dan bermula jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang untuk siswi dan sekiranya tiada bantahan, keputusan akan diumumkan pada hari itu juga. Tempat operasi SPR BKAWM bagi Siswa dan siswi di Pejabat BKAWM (Pejabat SPR).

Kuota yang dipertandingkan bagi jawatan Yang Dipertua adalah sebanyak 1 kerusi, Naib Pengerusi Hewi 1 kerusi dan bagi jawatan AJKT siswa sebanyak 6 kerusi serta jawatan AJKT siswi sebanyak 5 kerusi. Sekiranya pencalonan melebihi kerusi yang dipertandingkan, maka pilihanraya akan diadakan. Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman facebook rasmi Jendela BKAWM dan blog BKAWM bkawm2u.blogspot.com. Wallahua’lam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Bersih Cekap & Telus” Muhamad Hafiz Naim B Raduan
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya BKAWM 2015

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]