ZIARAH AULIYA' DI KOTA SERIBU MENARA
Program dimulakan dengan penerangan berkaitan cara bertawassul oleh Ustaz Syariffudin bin Norazly. Kemudian, selepas bersarapan peserta bertolak ke
destinasi yang telah ditetapkan. Bermula dengan ziarah makam di sekitar kawasan Darassah. Di sana, para peserta
telah menziarahi makam Syeikh Soleh Ja’afari, makam Imam Sya’rani, makam Imam
Ramli, makam Saiyyidah Nafisah, makam Saiyyidah Zainab, makam Sultan Hanafi dan
makam Ibn Sirin yang merupakan penafsir mimpi. Kemudian mereka terus ke makam Imam Syafie yang terletak di Sayyida Aisyah. Para peserta berhenti rehat dan solat Zohor.
Ziarah makam ini berakhir di Bukit Muqottam yang terdapat di sana makam ahli tasawwuf yang
begitu terkenal
iaitu Imam Ahmad Ibn Atoillah Al-Asqolani. Beliau
merupakan pengarang sebuah kitab yang terkenal iaitu Kitab Al-Ahkam. Selain itu, para
peserta juga berpeluang untuk menziarahi tempat khalwat Saiyyidah Nafisah dan makam Syeikh Soghir. Lewat petang, peserta bergerak ke panorama Bukit Muqottam dan
bergambar. Kemudian mereka bersiap sedia
untuk bergerak pulang ke ASWP.
Semoga dengan program ziarah makam ini menjadikan para peserta lebih
mengenali Para Auliya’ dengan lebih dekat dan dapat menjadikan mereka sebagai
contoh kepada kita selaku seorang penuntut ilmu Allah SWT. Satu
pepatah arab ada menyebut, ”Sekiranya aku tidak mengenali guru aku, nescaya aku tidak akan
kenal siapa Tuhan aku”.
"Mahasiswa Intelek Memimpin Kesatuan"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment