PERKEMBANGAN BADAN PERENCANA USUL

     Sepertimana yang telah dimaklumkan melalui kenyataan pimpinan bertarikh 6 Disember 2014, Badan Perencana Usul (BPU) telah ditubuhkan bagi memacu proses menjayakan dua usul yang telah disepakati pada Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM sesi lepas. Dua usul yang telah dipersetujui tersebut adalah:

1) Mempertahankan hak zakat anak wilayah persekutuan di Mesir khususnya melalui tindakan:

1.      Menggesa pengembalian semula hak permohonan biasiswa buat mahasiswa tahun dua ke atas dan pengenalan bantuan yang berkaitan
2.      Mempertahankan hak anak Wilayah Persekutuan untuk menetap di ARWP dan memanfaatkannya menerusi BKAWM.

2) Pimpinan dan ahli bersama-sama memelihara kesatuan BKAWM dengan tindakan:

1.    Menolak anasir-anasir yang menggugat kesatuan BKAWM.
2.    Mempertahankan BKAWM sebagai organisasi yang berperanan menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.

BPU telah memulakan gerak kerja awal melalui perbincangan antara ahli mesyuarat yang dilantik dan dibentangkan hasil dapatan Unit Kajian Medan di bawah seliaan Lajnah Perancang. Susulan daripada beberapa siri pertemuan dan pengkajian, beberapa tindakan susulan telah dirancang. Ahli Mesyuarat BPU telah bersepakat terhadap beberapa gerak kerja yang perlu dibina di atas beberapa asas:

1.      Mengemaskini dan meneruskan pengkajian mendalam terhadap arkib dan dokumentasi yang berkaitan sejarah BKAWM, ARWP dan pembinaan hubungan antara BKAWM-PMRAM-MAIWP-KBMK.
2.      Mengukuhkan kefahaman ahli dan penaung akan kesinambungan sejarah dan fungsi BKAWM.
3.      Meningkatkan capaian dan akses ahli terhadap kebajikan yang ditawarkan oleh BKAWM.
4.      Mengenalpasti dan merekod ahli yang mempunyai masalah kewangan.
5.      Mencari ruang kerjasama antara BKAWM-MAIWP bagi meningkatkan aliran bantuan terhadap asnaf yang sedang berada di Mesir.
6.      Merangka dan mencadangkan beberapa teknikal penyaluran bantuan zakat kepada asnaf Wilayah Persekutuan di Mesir.

Di antara gerak kerja yang telah dilakukan adalah menghantar proposal “Memperluas Capaian Beberapa Skim Bantuan Kepada Asnaf Yang Berada Di Mesir” kepada pihak MAIWP melalui serahan kepada CEO MAIWP, Dato Haji Zainal Abidin bin Jaafar pada tarikh 16 Disember 2014. Proposal tersebut telah memuatkan beberapa cadangan daripada pihak BKAWM:

  1. Membuka semula permohonan Skim Insentif Pelajar Cemerlang buat mahasiswa tahun dua ke atas.
  2. Mengadakan temuduga di Mesir untuk permohonan Skim Insentif Pelajar Cemerlang dan Skim Bantuan Galakan Hafaz al-Quran.
  3. Membuka permohonan bagi Skim Bantuan Musibah, Skim Bantuan Perubatan Am dan Skim Bantuan Kecemasan bagi asnaf Wilayah Persekutuan yang berada di luar negara melalui sokongan Pengurus Asrama (Mesir) dan Kedutaan Besar Malaysia di luar negara(Negara selain daripada Mesir) ATAU

3.1 Memperuntukkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan di bawah seliaan BKAWM dan Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir.

Bagi mengukuhkan hujah yang dikemukakan, BPU telah melampirkan bersama proposal tersebut hasil kaji selidik berkaitan status tajaan pengajian yang melibatkan 168 responden daripada kalangan ahli BKAWM. Dapatan kaji selidik tersebut menunjukkan bahawa 60% daripada responden tidak mempunyai sebarang tajaan, manakala seramai 41 orang daripada 168 responden tersebut mempunyai kelayakan pencapaian akademik bagi mendapat bantuan Skim Insentif Pelajar Cemerlang, tetapi masih tidak mempunyai tajaan.

Antara  tindakan lain yang telah dilaksanakan oleh BPU adalah membuat analisa kajian yang mendalam akan kekuatan dan kelemahan BKAWM melalui penelitian terhadap sejarah, pengkaderan, kewangan, tahap kualiti dan sambutan program, dan hubungan luar. Penganjuran program pelapis yang diberi nama GENE `15, Discussion Group (DG) dan diskusi kitab-kitab pilihan adalah sebahagian daripada usaha untuk menolak anasir-anasir luar demi menjaga kesatuan BKAWM itu sendiri. Dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung adalah bertujuan untuk mencapai usul yang kedua tersebut.

Maka saya berharap dengan tempoh yang berbaki ini,  semua peringkat sama ada pimpinan mahupun ahli bersama-sama menggembleng tenaga demi mencapai dua usul yang telah disepakati.

NURUL SYAHIDAH BINTI HAMZAH
TIMBALAN PENGERUSI HEWI II
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR 
(BKAWM) SESI 2014/2015




Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]