PENDEDAHAN MULTIMEDIA KEPADA AHLI BKAWM
KAHERAH, 31 Ogos 2015- Unit Penerangan dan
Penerbitan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi
2014/2015 telah mengadakan sebuah kursus yang mendedahkan asas dalam pengurusan
alatan multimedia iaitu Kursus Intensif
WIMAC. Kursus ini telah disampaikan oleh saudara Fathul Fushshilat bin Fauzi,
pengisi jemputan yang berpengalaman dalam mengendalikan alatan multimedia dalam
program-program besar di Mesir ini.
Kursus ini telah disertai oleh 17
orang siswi dan 7 orang siswa yang terdiri daripada mahasiswa baru dan juga
lama dan telah berlangsung di Surau Darul Madani, ASWP. Kursus ini telah
bermula sejurus selepas solat fardu Isyak dan dipengerusikan oleh pemangku
Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2014/2015, saudara Adam Syukri
bin Mohamad. Kursus ini telah bermula dengan sesi penerangan secara teori dan
seterusnya sesi praktikal yang memberi peluang kepada peserta untuk
mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi. Sesi praktikal membahagikan peserta
siswa dan siswi dengan bimbingan saudara Fathul Fushshilat di sebelah siswa dan
saudari Siti Hawa bt Ahmad di bahagian siswi.
Kursus yang
telah diadakan ini adalah pendedahan awal kepada ahli BKAWM lebih-lebih lagi
bagi mahasiswa baru dalam mengendalikan alatan multimedia seperti power
amplifier, speaker, mixer, microphone, kamera video dan alatan lain. Kursus
ini bertujuan mempersiapkan pelapis dalam perkara berkaitan multimedia dan
membentuk ahli yang bersedia mengggunakan kemahiran tersebut untuk menyumbang
kepada masyarakat kelak. Semoga kursus seperti ini dapat menimbulkan minat ahli dalam bidang
multimedia dan menjadi titik tolak kepada peserta untuk mengaplikasikannya
kepada masyarakat.
“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment