[PENA LKP BIL 02 : KONSEP KEBAJIKAN DALAM ISLAM]



                                     BIL 02 : KONSEP KEBAJIKAN DALAM ISLAM
          Islam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara hidup yang sebenar dan sempurna. Ianya amat berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat di antara satu sama lain. Sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah” (Riwayat at-Tabarani)

          Lumrah dalam kehidupan bahawasanya terdapat golongan manusia yang hidup mewah dan berada. Akan tetapi, pada masa yang sama juga terdapat manusia yang hidupnya ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ iaitu kehidupan yang serba kekurangan dan dilanda kemiskinan. Justeru itu, syara’ telah menuntut golongan yang dilabelkan dengan status kehidupan yang serba mewah atau senang ini bagi membela dan memberikan pertolongan kepada golongan yang miskin dan lemah. Paparan melalui media massa saban hari menengahkan isu berkenaan kisah penderitaan masyarakat yang dilanda pelbagai musibah dan bencana yang menimpa mereka. Siapakah yang berperanan untuk membantu golongan tersebut? 

Firman Allah SWT:
Ertinya: “Dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya.” (Surah al-Maidah ayat ke 32)

Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka merupakan salah satu daripada cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah SWT dan Rasul.

Firman Allah SWT:
Ertinya : “Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya).” (Surah Ali Imran ayat ke 115)

Firman Allah SWT:
Ertinya : “Kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).” 
(Surah al-Hajj ayat ke 77)

Kesimpulannya, Islam itu menjaga kebajikan bersama dan sesungguhnya manusia itu tidak boleh hidup secara bersendirian. Oleh itu, kehidupan bermasyarakat tidak lari daripada saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain. Sekian

Disediakan oleh:
LAJNAH KEBAJIKAN DAN PERUMAHAN 
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR
SESI 2015/2016

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]