BERITA: FAMILY REUNION OF WILAYAH 2016 (FIRE’16) :SEMARAK API UKHUWAH



FAMILY REUNION OF WILAYAH 2016 (FIRE’16) :SEMARAK API UKHUWAH




KAHERAH, 10 Februari 2016 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan sebuah hari keluarga bagi anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Program yang diberi nama “Family Reunion of Wilayah 2016” atau lebih dikenali sebagai FIRE ‘16 yang telah berlangsung selama 3 hari. Bermula 8 Februari, banyak aktiviti yang sangat ilmiah dan bersifat mengeratkan ikatan ukhuwah sesama anak Wilayah Perseekutuan, selaras dengan pembawaan FIRE ’16 iaitu mengukuhkan ikatan dan jalinan sesama anak Wilayah Persekutuan di Mesir. FIRE ‘16 melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 3 hari dengan majlis penutup oleh saudara Adam Syukri bin Mohammad, Yang Dipertua BKAWM sesi 2015/2016.

Selain pengisian-pengisian yang bersifat mengeratkan kekeluargaan, terdapat pengisian yang menarik telah disajikan dalam FIRE’16. Antara pengisian yang menarik pada hari pertama ialah pengisian Fiqh Medik. Pengisian yang telah dibentangkan oleh Ustaz Jamiluddin bin Murat, graduan dari Universiti Al-Yamaniah, Yaman menyajikan pembentangan mengenai pengenalan undang-undang Islam iaitu hudud dan kesan aplikasinya serta pandangan masyarakat terhadaap pelaksanaannya. Majlis diteruskan dengan perasmian FIRE ‘16 pada malamnya oleh Encik Mohd Faridil Atrash bin Mohd Suhaidi, Penolong Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Hari seterusnya dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Master Chef di peringkat siswa dan Slot Serlah Bakat di peringkat siswi. Pertandingan Master Chef menampilkan beberapa kumpulan yang bertanding bagi meraih anugerah masakan terbaik mengikut menu yang disediakan dan dinilai mengikut rasa, hiasan dan kerjasama setiap kumpulan oleh juri. Hari kedua dihangatkan lagi dengan Hari Kebudayaan Siswi di sebelah petangnya dengan persembahan kebudayaan dan kesenian bagi mencungkil bakat yang tersembunyi dalam kalangan siswi.

Malam hari kedua terus dimeriahkan lagi dengan pengisian talkshow yang bertajuk “Tying the Knot: Love vs Money”. Program yang mengupas mengenai pengalaman alam perkahwinan di usia muda beserta pengisian mengenai Hisbah itu menampil panelis-panelis yang berpengalaman dan hebat di Mesir. Pengisian talkshow tersebut telah mengundang kehadiran yang sangat meriah oleh siswa dan siswa di sekitar Perlembahan Nil.

Hari terakhir FIRE’16 dimulakan dengan pengisian mengenai ilmu Zakat oleh Ustaz Umar bin Muhammad Malcom, mahasiswa Master di American Open University. Pengisian yang berkisar mengenai zakat tersebut bertujuan mendedahkan dan menerangkan mahasiswa/wi bagaimana pengiraan zakat dan pengurusan zakat yang perlu diketahui masyarakat umumnya. FIRE ’16 juga menyediakan khidmat Medical check up yang dikendalikan sendiri oleh Team Medic Wilayah Persekutuan. Program diteruskan lagi dengan “Family Outing” iaitu pertandingan bowling di International Bowling Center (IBC), Kaherah.

FIRE ’16 terus dimeriahkan dan dihangatkan dengan persembahan siswa di acara Malam Kebudayaan Siswa pada malamnya. Ianya juga bertujuan mencukil bakat-bakat baru di kalangan ahli ,di samping mengeratkan serta mengukuhkan persefahaman di antara ahli kumpulan yang bertanding.

Seterusnya, FIRE ’16 akhirnya melabuhkan tirainya dengan acara kemuncak program iaitu majlis perasmian penutup yang dirasmikan oleh saudara Adam Syukri bin Mohammad. Majlis terus diserikan dengan ucapan penutup oleh Pengarah FIRE ’16, Saudara Muhammad Shafie bin Abdul Halim dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh YDP BKAWM. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati dan hadiah kepada pemenang dan kumpulan dan diakhiri dengan bacaan doa agar ikatan sesama anak-anak Wilayah Persekutuan terus diperkukuh dan kesatuan ini terus dijaga.

Semoga dengan “Family Reunion of Wilayah 2016” (FIRE 16) ini, ukhuwah diantara kita terus kuat dan marak semarak api FIRE’16 dan semoga dengan keterikatan hati yang telah dijalin ini terus berkekalan hingga ke syurga kelak. Semoga api yang menyala ini bukanlah api benci apatah api fitnah bahkan api ukhuwah yang terus menyala dan marak hingga ke syurga.

#SemarakFIRE16
“Together, We Become Stronger”
“Memperkasa kefahaman, Meneguh Kebersamaan” 
“BKAWM KELUARGA KITA”
“BERSAMA BERSATU”



Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]