BERITA WILAYAH SPORTS LEAGUE 2016 (WISEL ‘16)

KAHERAH, 7 April 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM), telah menganjurkan program kesukanan khas untuk anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di bumi Mesir pada 1 dan 2 Februari yang lalu. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan selama 2 hari program dijalankan. Penyertaan mendapat sambutan yang hangat daripada anak-anak Wilayah Persekutuan, terdiri daripada 50 orang siswi dan 35 orang siswa. Tidak lupa juga penyertaan daripada wakil BKAN taakhi iaitu Terengganu dan Kedah yang terlibat dalam aktiviti bola tampar bagi siswa dan bola baling di sebelah siswi. Dengan penyertaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara BKAWM dan BKAN-BKAN taakhi yang lain.




          Pada hari pertama, aktiviti dimulakan pada pukul 6.30 pagi lagi dengan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti di padang. Kemudian, taklimat telah disampaikan oleh Unit Pengisian dan Disiplin kepada semua peserta.         Aktiviti di Hadiqah Lotus bagi siswa telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan ucapan perasmian daripada Yang Dipertua BKAWM iaitu saudara Adam Syukri bin Mohamad, manakala di sebelah siswi pula aktiviti berlangsung di Nadi Zahra’ dengan perasmian program oleh Naib Pengerusi HEWI, saudari Nur Hidayahtul Aiman binti Johan.

Setelah selesai majlis perasmian, aktiviti dimulakan dengan sesi panaskan badan dan penerangan tentang aktiviti serta permainan yang akan dipertandingkan. Sehubungan dengan itu, peserta siswa dan siswi telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Di antara permainan yang dipertandingkan oleh siswa ialah Galah Panjang, Baling Selipar dan Bola Kampung. Manakala di sebelah siswi pula Bola Baling. Di sebelah siswa diteruskan pula permainan indoor pada jam 1.00 petang. Di antara pertandingan menarik yang dipertandingkan ialah Dam, Pingpong, FIFA, Marker Melayang dan Chess.

        WISEL 16 diteruskan lagi pada hari kedua dengan aktiviti sebelah siswi di Hadiqah Dauliah. Di antara permainan menarik yang dilangsungkan pada hari tersebut ialah Drawing The Memory, Bowling Padang, Rumah Terbakar, Tikar Ajaib, Nenek Selubung, Dodge Ball, Susun Puzzle dan Fliying Tissues. Di sebelah siswa pula, permainan Bola Tampar dijalankan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan daripada BKAN taakhi Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu. Aktiviti berakhir pada jam 12.30 tengahari.


         Majlis Penutup WISEL ‘16 bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan daripada pengarah program, saudara Muhammad Abdul Hadi bin Ismut dan ucapan juga kalam daripada Yang Dipertua BKAWM. Seterusnya, majlis dirasmikan pula oleh Encik Muhd Faridil Atrash bin Suhaidi, Penolong Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setelah berakhirnya majlis perasmian penutupan program, majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian cenderahati kepada semua peserta yang terlibat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kesenian Silat yang dipersembahkan oleh anak-anak Wilayah Persekutuan sendiri dan persembahan nasyid daripada kumpulan Al-Waseem. Majlis berakhir dengan jamuan yang telah disediakan oleh pihak program.

Disediakan oleh,
Setiausaha Wilayah Sports League 2016 (WISEL '16),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2015/2016.

"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]