WILAYAH PERSEKUTUAN WORLD OF FOOD 2016 (WWF '16)



KAHERAH, 25 Mac 2016 -  Sebuah program bazar yang dinamakan Wilayah Persekutuan World of Food 2016 (WWF 16) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah diadakan pada 14 hingga 17 Mac 2016 yang lalu. Program yang berlangsung selama empat hari ini telah diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabiek, Kaherah. Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM di samping membina kesepaduan antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir.


Terdapat empat gerai yang dikelolai oleh ahli BKAWM. Manakala dua gerai lagi dibuka kepada selain ahli BKAWM. Pelbagai juadah dan menu yang menarik dijual sepanjang bazar berlangsung. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program berlangsung antaranya ialah cabutan bertuah, teka berat gula, ‘Garage Sale’ dan sebagainya. Unit Ekonomi juga turut membuka gerai jualan yang menjual dan mengambil tempahan pakej ‘Graduation Day’, buku-buku, tempahan tulisan khat dan bermacam lagi.

Selain itu, WWF 16 turut mengadakan beberapa slot pengisian, antaranya ialah slot “Pengurusan Kewangan Individu” yang disampaikan oleh Encik Haji Ahmad Yahya bin Mohd Haniff selaku Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Manakala pada hari ketiga, slot pengisian bertajuk “Jual Beli Dari Perspektif Syariah” telah disampaikan oleh saudara Umar bin Muhammad Malcolm, mahasiswa Master, American Open University.

Pertandingan gerai terbaik juga telah diadakan dan diumumkan pada hari terakhir bazar. Pemenang jatuh kepada gerai Pilihan Kami yang diketuai oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria. Sambutan program sangat menggalakkan daripada seluruh peringkat dan negeri. Kelihatan TYT Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir telah berkunjung ke bazar ini pada hari kedua program.

Pihak BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli yang menjayakan program ini dan bertungkus lumus agar program ini dapat berlangsung dengan lancar. Semoga setiap penat lelah kita diberkati dan diterima di-sisi Nya.

"Ekonomi Islamik, Ukhuwah Dinamik"
“Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]