[6 FADILAT SOLAT BERJEMAAH]

 [6 FADILAT SOLAT BERJEMAAH] 

Maksud "solat" dari segi istilah bahasa bermakna doa atau memohon kebajikan dan pujian. Solat merupakan asas yang penting dalam agama Islam dan juga penghubung antara seseorang hamba dengan tuhannya, sebagai bukti ketaatan dan kepatuhan hanya kepada-Nya.

Daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّين"

Maksudnya: "Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama." [Riwayat Baihaqi]

Terdapat beberapa hikmah solat secara berjemaah, antaranya:

*1. Mendapat pahala dan kebaikan berlipat kali ganda*

- Dihitung pahala sejak mula langkahnya menuju ke masjid.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"صَلاةُ أحَدِكُمْ في جَماعَةٍ، تَزِيدُ على صَلاتِهِ في سُوقِهِ وبَيْتِهِ بضْعًا وعِشْرِينَ دَرَجَةً، وذلكَ بأنَّهُ إذا تَوَضَّأَ فأحْسَنَ الوُضُوءَ، ثُمَّ أتى المَسْجِدَ لا يُرِيدُ إلّا الصَّلاةَ، لا يَنْهَزُهُ إلّا الصَّلاةُ، لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إلّا رُفِعَ بها دَرَجَةً، أوْ حُطَّتْ عنْه بها خَطِيئَةٌ، والمَلائِكَةُ تُصَلِّي على أحَدِكُمْ ما دامَ في مُصَلّاهُ الذي يُصَلِّي فِيهِ"

Maksudnya: "Solat seseorang daripada kalangan kamu bersama dengan jemaah melebihi solatnya di tempat kerja atau rumahnya sebanyak 20 lebih kali ganda. Ini kerana ia memperelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid hanya ingin mendirikan solat semata-mata. Tidak dia melangkah satu langkahan kecuali akan diangkat dengannya satu darjat dan dihapuskan dengannya satu dosa kesalahan. Malaikat sentiasa mendoakannya selagi mana dia berada di masjid yang dia mendirikan solat tersebut." [Riwayat Bukhari]

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: اَلْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ، ..."

Maksudnya: "Tujuh golongan yang dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: Imam yang adil, seorang pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Allah, seorang yang hatinya bergantung ke masjid,..." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

- Lebih besar pahala daripada solat bersendirian.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً"

Maksudnya: "Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat." [Riwayat Muslim]

*2. Mengeratkan hubungan silaturahim sesama muslim*

- Menunjukkan sifat kasih sayang dan kekuatan serta lambang perpaduan ummah.
- Menghilangkan permusuhan dan sifat mementingkan diri.

Allah SWT telah berfirman:

{ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ }

Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." [Surah al-Hujurat: Ayat 13]

*3. Mencegah diri daripada perbuatan maksiat*

- Dapat membersihkan segala kekotoran hati dan sifat mazmumah dalam diri.

Allah SWT telah berfirman:

{ ٱتۡلُ مَاۤ أُوحِیَ إِلَیۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ }

Maksudnya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." [Surah al-Ankabut: Ayat 45]

*4. Melahirkan semangat yang teguh dalam melaksanakan kebaikan*

- Melengkapkan diri manusia dengan akhlak terpuji agar mendapat kedudukan mulia di sisi Allah.

Allah SWT telah berfirman:

{ فَٱسۡتَبِقُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ ٰ⁠تِۚ أَیۡنَ مَا تَكُونُوا۟ یَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِیعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرࣱ }

Maksudnya: "Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." [Surah al-Baqarah: Ayat 148]

*5. Menjauhkan diri dari sifat munafik*

- Allah melarang kita bersama orang munafik kerana bahayanya perbuatan munafik yang boleh membawa kerosakan kepada agama.

Allah SWT telah berfirman:

{ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ یُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوۤا۟ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُوا۟ كُسَالَىٰ یُرَاۤءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا یَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِیلࣰا }

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riyak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang)." [Surah an-Nisa': Ayat 142]

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
 
"إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا"

Maksudnya: "Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak." [Riwayat Muslim]

Daripada Uthman bin Affan r.a., mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 
"مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ"

Maksudnya: "Sesiapa yang solat isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam." [Riwayat Muslim]

*6. Melatih disiplin diri dalam mematuhi perintah Allah*

- Membentuk peribadi muslim yang berdisiplin dalam melaksanakan perintah Allah agar menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat.

- Melatih menepati waktu.

Allah SWT telah berfirman:

{ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ كِتَـٰبࣰا مَّوۡقُوتࣰا }

Maksudnya: "Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." [Surah an-Nisa': Ayat 103]

- Bina tumpuan, khusyuk dan fokus. 

Allah SWT telah berfirman:

{ قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (1) ٱلَّذِینَ هُمۡ فِی صَلَاتِهِمۡ خَـٰشِعُونَ (2) }

Maksudnya: "(1) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (2) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." [Surah al-Mukminun: Ayat 1-2]

- Sentiasa menepati janji.

Allah SWT telah berfirman:

{ قُلۡ إِنَّ صَلَاتِی وَنُسُكِی وَمَحۡیَایَ وَمَمَاتِی لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ }

Maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." [Surah al-An'am: Ayat 162]

Unit Biah Solehah,
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2021

"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]