[ TINTA SISWA: COVID-19: MUSIBAH ATAU MUHASABAH ]


Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita kini dilanda wabak COVID-19 yang kian mengganas. Virus COVID-19 adalah salah satu makhluk Allah yang kecil, namun seluruh manusia di dunia takut pada makhluk ini.


Tanpa kita sedar, COVID-19 ini adalah sebuah musibah. Musibah adalah ujian yang ditimpakan kepada hamba Allah baik yang beriman mahupun kafir, yang soleh mahupun pendosa.


Disebut di dalam Surah al-Mulk ayat 2:


(ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَیَوٰةَ لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡغَفُورُ)


“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”


Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawasanya COVID-19 ini merupakan suatu musibah, namun ia bukanlan sebuah seksaan ataupun azab daripada Allah tetapi sebagai suatu pembelajaran dan penyucian dosa masa lalu supaya kita selaku hamba sedar akan segala dosa-dosa yang dilakukan dan kembali kepada-Nya.


Daripada apa yang disebutkan di atas, dapatlah kita fahami bahawasanya kita perlulah bermuhasabah dan mengambil pengajaran daripada musibah COVID-19 ini seterusnya mengubah diri kita menjadi lebih baik dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT.


Kesimpulannya, COVID-19 ini merupakan sebuah musibah yang melanda seantero dunia dan memerlukan kepada muhasabah agar ia menjadi pelajaran terbaik buat kita semua.


Semoga Allah permudahkan segala urusan barisan hadapan dalam melawan COVID-19 ini dan mengangkat wabak ini dari terus merebak di muka bumi ini.


Disediakan oleh:

NUR ZAHIDAH BINTI ABDUL HAMID,

Timbalan Jabatan Fasilitator, 

Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2021.


“Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan”

“BKAWM Keluarga Kita”

“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]