[ TINTA SISWA: TANGISAN DI BUMI PALESTIN ]




 [ TINTA SISWA: TANGISAN DI BUMI PALESTIN 

Dalam Surah al-Maidah ayat 2, Allah SWT berfirman:


 وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ


Maksudnya: ”Dan tolong-menolong lah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan. Dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya siksa Allah sangat berat."


   Baru-baru ini umat Islam di seluruh dunia digemparkan dengan sebuah serangan besar-besaran di Masjid al-Aqsa saat jemaah muslim melaksanakan ibadah tarawih. Tidak cukup dengan itu, muncul pula isu perampasan penempatan secara haram oleh kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah Sheikh Jarrah. Tindakan terkutuk ini telah melanggar dasar kemanusiaan antarabangsa, malah ini bukan kali pertama mereka melanggarinya.


   Tinta Siswa pada edisi kali ini, kita akan berkongsi sebuah penulisan bertajuk: “Tangisan Di Bumi Palestin”.


   Semuanya bermula pada tahun 1916 saat perang dunia pertama masih lagi berlangsung, Mark Sykes (Diplomat British) dan Georges Picot (Diplomat Perancis) telah mengadakan sebuah perjanjian dinamakan sebagai Perjanjian Sykes-Picot dengan membahagikan wilayah-wilayah Islam di bawah naungan Khilafah Uthmaniah sesama mereka. Di atas penghargaan kerajaan British kepada Theodore Herzl (Yahudi) dan bangsa Yahudi yang telah membantu paksi mereka semasa Perang Dunia Pertama, maka dengan itu mereka telah menjanjikan sebuah wilayah Palestin kepada bangsa Yahudi. Termeterailah sebuah deklarasi yang bernama Deklarasi Balfour (1917) dimana topik utama bagi deklarasi ini adalah menempatkan bangsa Yahudi ke wilayah suci Baitulmuqaddis, Palestin. Perang Dunia Pertama dimenangi paksi sentral yang diwakili British, Perancis, Russia, Itali dan sebagainya. Atas kemenangan itu, mereka membahagikan wilayah-wilayah Islam sesama mereka dan wilayah Palestin jatuh ke tangan British. Penjajahan British mula menyeludup masuk bangsa Yahudi ke tanah Palestin beransur-ansur dan berterusan.


   Pasca Perang Dunia Kedua (1939-1945), Dunia Islam dikejutkan dengan kemasukan beramai-ramai bangsa Yahudi ke tanah Palestin. Politik simpati yang dipermainkan oleh kerajaan British prihatin akan bangsa Yahudi menjadi pelarian mangsa perang. Bangsa Yahudi yang dibawa masuk dari serata eropah seperti bangsa Yahudi Jerman, bangsa Yahudi Poland dan lainnya. Hal ini menimbulkan kemarahan rakyat Islam Palestin. 


   Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merencanakan sebuah pembahagian wilayah Palestin kepada bangsa Arab Palestin dan Yahudi Israel yang dilihat sebuah pembahagian yang tidak adil. Bangsa Yahudi menerima dengan baik akan rencana itu dan pada tahun 1948, mereka telah mengumumkan kemerdekaan bagi negara haram Israel. Ketidakadilan ini telah mencetuskan kemarahan bangsa Arab Palestin dan sebahagian pemimpin negara Islam lainnya. Sehari selepas pengumuman kemerdekaan negara Israel, dunia Islam dikejutkan dengan pemusnahan 500 penempatan rakyat Palestin sehingga menyebabkan 700 000 rakyat Palestin menjadi pelarian dan peristiwa itu dikenali Hari Nakbah. Manakala sebahagian negara Islam seperti Mesir, Iraq, Syria, Jordan dan dibantu sukarelawan yang lainnya mencetuskan peperangan menentang Israel yang dikenali sebagai Perang Arab-Israel.


   Tahun demi tahun rakyat Palestin dizalimi dari luaran mahupun dalaman seperti tanah mereka dirampas secara paksa, disekat pelbagai kemudahan, tidak diberikan pengiktirafan hak kerakyatan, bangunan diletupkan, rakyatnya dipukul malahan dibunuh dan juga diganggu polis mahupun rakyat Israel saat menunaikan ibadah di Masjid al-Aqsa. Dalam pada masa yang sama, kerajaan haram Israel giat menyeludup masuk bangsa-bangsa Yahudi dari serata dunia seperti bangsa Yahudi dari Russia, bangsa Yahudi dari Ethopia dan lainnya. Kemuncaknya pada tahun 2017 bersempena dengan ulang tahun yang ke-100 deklarasi Balfour, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Jerusalem sebagai ibu negara haram Israel. 


   Kini situasi politik Timur Tengah sudah banyak berubah, dimana dulunya banyak negara Arab bermusuh dengan Israel sudah mula menormalisasikan hubungan mereka dengan Israel. Liga Muslim Dunia pada dasarnya ditubuhkan oleh mendiang Raja Faisal untuk memperjuangkan kedaulatan Palestin sudah beralih musuh sasarannya, yang lebih banyak mengecam sesama negara Islam sendiri berbanding Israel. Oleh itu, saranan kita sebagai mahasiswa Islam adalah untuk memahami isu Palestin secara mendalam, mengambil segala peluang untuk membantu Palestin seperti perkongsian mengenai mereka di media dan berdoa kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan kepada-Nya.


SEKIAN.


Disediakan oleh:

WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL,

Fasilitator BKAWM sesi 2021


"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"

"BKAWM Keluarga Kita"

"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]