[ KALAM PIMPINAN: SINERGI UMMAH ]

[ KALAM PIMPINAN: SINERGI UMMAH ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله نحمده وستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Bersyukur ke hadrat ilahi di atas segala pemberian nikmat dari awal kelahiran kita di muka bumi ini sehingga ke hari ini. Nikmat yang paling utama perlu kita syukuri adalah nikmat iman dan Islam, tanpa kedua-dua nikmat ini, nescaya telah kita sirnakan cahaya hakiki kehidupan dari diri kita.

Tambahan lagi, antara nikmat lain yang tidak boleh kita nafikan atau kadangkala kita alpa dari kehidupan seharian kita adalah nikmat kesatuan umat Islam yang ditagih seluruh umat Islam di sebahagian tempat di dunia ini yang sedang mengalami penderitaan. Dalam pada itu, mustahil sebagai hamba Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya boleh membiarkan saudaranya yang lain hidup menderita sedang dia hidup hanya memikirkan soal hidup sendiri sahaja dari permulaan hari hingga ke penghujung hari.

Maka, sesuai dengan tajuk yang digariskan ‘Sinergi Ummah’, sinergi memberi makna, usaha sama antara individu dan organisasi akan memberi hasil yang lebih baik berbanding jika dilakukan bersendirian. Persis kata peribahasa, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 105:

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِینَ تَفَرَّقُوا۟ وَٱخۡتَلَفُوا۟ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَهُمُ ٱلۡبَیِّنَـٰتُۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِیمࣱ

Maksudnya: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar."

Jika dilihat dari sudut lain, kisah-kisah peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW telah membuktikan seutuhnya kesatuan yang padu dan jitu umat Islam pada ketika itu telah membuahkan  hasil kepada umat Islam seluruhnya, sehinggakan kita juga pada hari ini dapat merasakan kesannya rentetan dari permulaan kesatuan mereka pada zaman dahulu.

Tamsilnya, peperangan Khandaq yang berlaku sekitar tahun ke-5 Hijrah banyak memberi konotasi indah tentang sinergi umat Islam pada ketika itu. Pada permulaannya, saranan ataupun idea untuk menggali parit di bahagian utara kota Madinah yang diberikan oleh sahabat yang bernama Salman al-Farisi, telah disambut baik Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain. Mereka telah bersama-sama melaksanakan idea yang kelihatan pada awalnya mustahil dilaksanakan, berkat kesatuan yang ikhlas tanpa mengira pangkat dan darjat akhirnya mereka dapat melaksanakannya dengan jayanya. 

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama membumikan perkataan sinergi yang sebenar kepada Islam dan umatnya. Kita perlu terus komited dalam melakukan setiap amanah yang dituntut oleh Allah SWT, antaranya adalah bersama dan bersatu dalam gerakan yang sentiasa cakna dan membela nasib umat Islam keseluruhannya. Bak kata pujangga di dalam bahasa Inggeris, ‘More than ever before in human history, we share a common destiny, we can master it only if we face it together’.

Sebagai akhirnya, Nabi Muhammad SAW telah bersabda di dalam hadisnya:

عَنْ أَبِيْ مُوْسَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا» وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ. رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: "Daripada Abi Musa r.a.; Nabi SAW telah bersabda, “Sungguh (sebahagian) mukmin kepada (sebahagian) mukmin lainnya seperti bangunan, yang menguatkan sebahagian dengan sebahagian lainnya.” Dan beliau menyilangkan jari-jarinya.“
(HR Bukhari dan Muslim)

Juga dalam firman Allah SWT dalam Surah as-Saf ayat 104:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِهِۦ صَفّٗا كَأَنَّهُم بُنۡيَٰنٞ مَّرۡصُوصٞ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

Disediakan oleh:
UMAR RAHIMIE BIN SAHROM
Ketua Lajnah Kebajikan dan Perumahan
BKAWM sesi 2021

"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah