[ KALAM PIMPINAN: TUNJANG ILMU KALAM ]

[ KALAM PIMPINAN: TUNJANG ILMU KALAM ]

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT atas pelbagai nikmat yang diberikan sehingga tidak terhitung jumlahnya. 

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه.

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai suatu perkara yang benar, dan anugerahilah kami kekuatan mengikuti kebenaran itu. Dan tunjukkanlah kepada kami kesalahan itu sebagai suatu perkara yang salah, dan anugerahilah kami kekuatan untuk menjauhi kesalahan itu.

Era ini menyaksikan dunia yang berkembang dengan begitu pantas sehingga berlaku ketidakpastian dan kecelaruan pemikiran. Kepesatan teknologi membawa perubahan yang besar. Turut sama berubah adalah gaya fikir manusia pada zaman moden ini. 

Kecanggihan penyebaran maklumat memudahkan pengaruh pemikiran ala Barat masuk ke dalam dunia Islam. Akibatnya, lahir aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam bahkan yang ganjil pemahamannya.

Realiti pada hari ini, kewujudan banyak aliran-aliran pemikiran yang merebak dalam masyarakat Islam pada hari ini. Lalu menyebabkan umat Islam sendiri keliru untuk menentukan mana yang mematuhi kehendak syarak. 

Bahkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menyeleweng ini sudah wujud sekian lamanya. 

Di zaman Imam al-Ghazali lagi, beliau sudah menyebut bahawa umat Islam pada zamannya itu sedang berada dalam lautan yang luas dan cabarannya berenang dalam lautan yang luas dengan gelombang ombak yang besar.  

Jika tidak dengan pertolongan Allah SWT pasti kita akan tenggelam dan lemas dalam lautan tersebut.

Umat Islam kini sedang dilanda dengan pelbagai karenah hidup yang menjadikan mereka hilang arah dalam kehidupan. Ada yang masih dalam pencarian mengapa dirinya dilahirkan dan bagaimana kehidupan itu harus dilalui.

Mereka mencari pedoman terbaik supaya ketenangan terjadi, keyakinan terbina dan jalan hidupnya terarah. Malangnya, tidak semua bertemu apa yang dicari malah sehingga ke lanjut usia.

Akidah tauhid seumpamanya menjadi tunjang mengukuhkan iman, keyakinan dan takwa. Ibadah dalam Islam menjadikan kita hamba Allah yang taat, patuh, dan tunduk terhadap kebaikan dan menolak kemungkaran.

Akibat kekontangan ilmu yang benar menyebabkan pemikiran yang baik tidak terbina. Pemikiran menjadi kacau dan bercelaru akibat kehilangan pedoman. Lalu penyimpangan mudah terjadi dan kesesatan boleh berlaku.



Disediakan oleh:
LUQMANULHAKIM BIN ZAMROSE,
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2021

“Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]