[ KALAM PIMPINAN: ILMU DAN TULISAN ]
[ KALAM PIMPINAN: ILMU DAN TULISAN ]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
Segala puji bagi Allah SWT, yang telah memberikan manusia petunjuk dan yang telah mengajari manusia ketika manusia keluar dari perut ibu mereka dalam keadaan tidak tahu apa-apa juga nikmat yang tak terhingga. Di antara nikmat yang perlu kita syukuri pada masa kini adalah nikmat kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Imam Syafie pernah berkata:
الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ
Maksudnya: "Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya.
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat."
Mencatat segala ilmu yang didengari mahupun dipelajari amat penting dan di antara sunnah lain yang ditekankan oleh Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Qalam ayat 4:
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Maksudnya: “Yang telah mengajarkan manusia dengan pena.”
Al-Imam al-Qurthubi Rahimahullah menjelaskan berkaitan ayat ini;
يعني الخط والكتابة أي علم الإنسان الخط بالقلم
Maksudnya: “Maksud dari ayat ini adalah Allah mengajarkan manusia tulisan dengan menggunakan pena.”
القلم نعمة من الله عظيمة، لولا ذلك لم يقُـم دِيـن، ولـم يصلح عيش.
Maksudnya: “Pena adalah nikmat yang sangat agung daripada Allah SWT. Kalau tidak ada pena, maka agama ini tidak berdiri dengan kukuh dan kehidupan ini tidak berjalan dengan baik.”
Dengan adanya catatan yang rapi oleh para ulama terdahulu sehingga kini, jelaslah ilmu agama itu tersebar sehingga era kini.
Maka kalau tidak ada pena yang digunakan untuk menulis, agama ini tidak berdiri dengan kukuh, sunnah-sunnah nabi akan tercicir, bahkan ayat-ayat al-Quran akan berkurang dan seterusnya.
Kata Abu Darda’, jadilah di antara empat orang berikut.
1. Seorang yang alim.
2. Orang yang mahu mengkaji ilmu.
3. Orang yang mahu mendengar ilmu.
4. Orang yang mahu mencintai ilmu.
Salah satu fungsi Allah mengajarkan pena kepada manusia adalah untuk eksistensi agama-Nya. Sehingga agama itu tercatat, umat Islam menulis ilmu agama, lalu ada warisan ke generasi berikutnya.
Oleh kerana itu, jadilah seorang yang mencintai ilmu dan ikatlah ilmu dengan menulis. Kerana seorang penuntut ilmu harus semangat dalam mengingati dan menghafalkan apa yang telah ia pelajari, baik dengan hafalan di dalam dada ataupun dengan menuliskannya.
Catatlah walaupun di tembok!
Disediakan oleh:
NORSYUHADA BINTI MOHAMAD RAIS
Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKAWM sesi 2021
"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
Comments
Post a Comment