[ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2013/2014 ]
[ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2013/2014 ]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahli di atas kurniaan usia diri dan persatuan hingga kini. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW serta buat ahli bait dan para sahabat yang mana dengan segala keringat perjuangan yang dicurahkan mereka, kita pada hari ini dapat kecapi nikmat Iman dan nikmat Islam.
Mesyuarat Agung merupakan salah satu daripada tujuh wasilah pentarbiahan yang digariskan oleh al-Imam as-Syahid Hassan Al-Banna. Di sini kita akan bersama-sama mencambah minda, bergeser buah fikiran dan pandangan demi kemaslahatan pergerakan bersama. Di sini organisasi difikirkan dengan penambahbaikan, kepimpinan yang sudah diamanahkan oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung yang lalu diberikan muhasabah (check and balance/semakan imbas) bagi gerak kerja-gerak kerja yang telah dilaksanakan dalam satu sesi pentadbiran yang ditetapkan.
Sesungguhnya apa yang sentiasa menjadi suatu kepentingan besar dalam pelayaran bahtera BKAWM dulu, kini dan selamanya adalah terbentuknya mahasiswa-mahasiswa yang terkehadapan menegakkan kemakrufan dan menegah kemungkaran serta kompeten untuk membawa perubahan kepada kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan agama. Insya-Allah selagimana visi ini menjadi kepentingan buat BKAWM, Allah SWT akan terus pelihara dari sebarang ancaman kecil mahupun besar.
Firman Allah SWT:
Intansurullaha yansurkum wa yuthabbit aqdaamakum
“Wahai orang-orang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kejayaan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
[Surah Muhammad: Ayat 7]
Penghargaan buat seluruh warga jawatankuasa tadbir dan jawatankuasa pelaksana seluruhnya dari memikirkan, membincangkan, melaksanakan, saling membantu, mengatasi segala rintangan yang dihadapkan. Mudah-mudahan segala amal diterima Allah SWT dan memberikan manfaat buat umat mahasiswa di pelembahan Nil dan ke hadapan, buat umat Islam Malaysia umumnya dan Wilayah Persekutuan khususnya.
Selamat bermesyuarat agung tahunan!
Siiru ‘ala barakatillah
Mantan No. 721
Disediakan oleh:
Unit Promosi, Teknikal dan Multimedia,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23 (MAT-23) BKAWM sesi 2021
"المشاورة لبناء الفكرة السليمة"
"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu
Comments
Post a Comment