[ BERITA: APRESIASI '21 ]

[ BERITA: APRESIASI '21 ]

KAHERAH, 21 Oktober 2021: Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan kurnia-Nya program Hari Anugerah Wilayah Persekutuan 2021 (APRESIASI '21) telah selamat melabuhkan tirai pada 1 Novembar 2021. APRESIASI '21 adalah sebuah program yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) khusus bagi meraikan dan memberi anugerah kepada anak Wilayah Persekutuan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar serta anak-anak Wilayah Persekutuan yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sesi 2020/2021.

Antara objektif pada kali ini ialah:  
1. Memberi penghargaan kepada mahasiswa/mahasiswi Wilayah Persekutuan yang berjaya.
2. Menaikkan semangat mahasiswa untuk lebih cemerlang dalam akademik dan persatuan.
3. Memupuk kerjasama untuk membentuk mahasiswa yang proaktif.

Buat pengetahuan semua, buat julung kalinya program Hari Anugerah Wilayah Persekutuan 2021 (APRESIASI ’21) di bawah anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021 telah dijalankan secara maya. 
Pada tarikh 21 Oktober 2021 yang lepas, pihak program telah mengadakan sesi bergambar khusus buat para graduan anak Wilayah Persekutuan yang telah mendaftar sebagai peserta APRESIASI ‘21 pada program kali ini. Tambahan itu, pihak program telah menyediakan cenderahati khusus diberikan kepada semua para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar sesi 2020/2021 serta kepada pelajar cemerlang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan mereka. 

Di samping itu, pada 28 Oktober 2021, pihak program juga telah berkesempatan mengambil rakaman ucapan daripada Encik Muhammad Zuwairi bin Abu Bakar, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan serta ucapan daripada Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021 iaitu Saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin.

Seterusnya, program Hari Anugerah Wilayah Perseketuan 2021 (APRESIASI ’21) telah berjaya ditayangkan secara maya pada 1 November 2021. 
Akhir sekali, pihak program mengharapkan agar program ini dapat membangkitkan semangat mahasiswa/wi untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan serta kecemerlangan di dunia dan akhirat di samping juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara anak Wilayah Persekutuan.

Disediakan oleh:
SITI NURHAMIZAH BINTI MOHD YUSOF,
Setiausaha,
Hari Anugerah Wilayah Persekutuan 2021 (APRESIASI ’21) BKAWM sesi 2021

"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]