[ KALAM PIMPINAN: RAHSIA DI SEBALIK KEJAYAAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH ]

[ KALAM PIMPINAN: RAHSIA DI SEBALIK KEJAYAAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH ]

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Firman Allah SWT:

إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحࣰا مُّبِینࣰا۝ 

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”

[Surah al-Fath: Ayat 1]

Sabda Rasulullah SAW:

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ، فَلَنِعْمَ الأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kostantinopel akan dibuka oleh seorang sultan yang sebaik-baik sultan dan tenteranya sebaik-baik tentera ketika itu.” (HR Ahmad)

Hadis ini telah mendorong umat Islam khususnya para sahabat ketika itu berusaha bagi merealisasikan sabda Rasulullah itu. Adalah hal yang sangat wajar sebagai umat Islam menyambut khabar berita gembira dari Rasulullah bahkan berusaha membuka kota Konstantinopel dan berlumba bersangka merekalah yang dimaksudkan dalam hadis tersebut. Sebagaimana yang telah diucapkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh di hadapan tenteranya yang bermaksud:

“Jika penaklukan kota Konstantinopel berjaya, maka sabda Rasulullah SAW telah menjadi kenyataan, dan salah satu dari mukjizatnya telah terbukti. Maka kita akan mendapatkan bahagian dari apa yang telah menjadi janji dari hadis tersebut, itulah merupakan kemuliaan dan penghargaan.”

Menyingkap kembali sirah perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh dalam kepimpinan sebagai seorang sultan Kerajaan Uthmaniah yang mula menaiki takhta kerajaan ketika berusia 19 tahun. Menjadi suatu perkara yang luar biasa sebagai seorang pemimpin yang dilantik secara rasmi dengan umur yang begitu, Sungguhpun, beliau telah membuktikan yang umur bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan yang menjadi satu sejarah kemenangan besar bagi umat Islam. Dengan pembukaan kota tersebut, beliau telah mengubah kepada sistem pemerintahan Islam keseluruhannya dan menukar nama Konstantinopel menjadi Istanbul yang bermaksud kota Islam yang dikenali sehingga hari ini. Setelah kita mengetahui sirah tersebut, maka perlulah kita menghayati rahsia di sebalik perjuangan tersebut, antaranya:

• [ MENUNTUT ILMU SEIMBANG PEMBINAAN ROHANI DAN JASMANI ] •

Firman Allah SWT:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ۝ خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ۝ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ۝ ٱلَّذِی عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ۝ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ۝

Maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

[Surah al-Alaq: Ayat 1-5]

Sultan Muhammad al-Fateh merupakan seseorang yang mengutamakan keseimbangan rohani dan jasmani. Hasil kesungguhan menimba ilmu pengetahuan, beliau sangat cerdas dan berintelektual tinggi serta berani. Antara pencapaian luar biasa beliau mampu berbicara multibahasa seperti bahasa Yunani, Latin, Persia dan Bahasa Arab.

Dari segi rohani beliau sangat menjaga amal fardi seperti solat fardu berjemaah dan solat sunat yang lain. Menjadi suatu kewajipan untuk menuntut ilmu melalui beberapa syeikh yang terkenal ketika itu. Dengan penambahan thaqafah Islam, seorang sultan boleh menjalankan sistem pemerintahan selari dengan hukum Islam. Dari segi jasmani pula, beliau mempelajari seni pertahanan diri dan cenderung ke arah ilmu strategi dan pengurusan ketenteraan.


• [ PERANCANGAN YANG RAPI ] •

Pesan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a.:

‎الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام

Maksudnya: “Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun.”

Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh membuat persediaan rapi. Baginda belajar dari sejarah yang menyaksikan kegagalan tentera Islam berulangkali dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu, perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.

Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15
tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai
teknologi.


Kesimpulannya sebagai seorang mahasiswa muslim yang beriman perlu sedaya-upaya mencontohi akhlak murni yang ditunjukkan beliau supaya dengan usaha ini tersebarnya Islam di seluruh persada dunia dan menambah bekalan di negeri akhirat kelak.

Disediakan oleh:
AMIRUL AMRI BIN ASAT
Ketua Lajnah Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah
BKAWM sesi 2021

“Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]