[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI 1 BKAWM SESI 2014/2015 ]
(ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
[Surah ar-Ra'd: ayat 28]
Carilah ketenangan dengan Allah. Orang tenang selalunya menang. Doa dapat keberkatan waktu dan ketenangan jiwa setiap saat. Solat tepat pada waktu jadikan KPI kita setiap hari.
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap cubaan dan jawapan di setiap doa.
Jangan pernah menyerah, teruslah istiqamah beribadah kerana
hidup ini terlalu indah.
Bantulah BKAWM semampu kita agar kesatuan ini terus tetap dan utuh di bumi Mesir ini.
Hidup bukanlah suatu tujuan melainkan sebuah persinggahan sementara.
Lupakan kebaikan kita kepada orang dan lupakan kejahatan orang kepada kita.
Ramai manusia menghabiskan tenaga ingin mengubah dunia TANPA mengubah diri sendiri.
Fokus tenaga pada kebaikan. Sebarkan kebaikan sebanyak mungkin kerana kebencian akan menambah kebencian tapi sayang akan menambah sayang.
BKAWM keluarga kita💓
Comments
Post a Comment