[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]


 Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan di peringkat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi sesi ini kian menghampiri. Agenda tahunan ini merupakan urusan penting bagi BKAWM sebagai gerakan mahasiswa Islam.


Inilah medannya untuk BKAWM dibuat semakan semula terhadap gerak kerjanya, hala tujunya dalam menunaikan tujuan-tujuannya seperti yang termaktub di dalam perlembagaan BKAWM. Membuat sebuah kesepakatan dan kesepaduan suara ahli-ahli untuk memandu pergerakan BKAWM melestarikan dakwah dan kebajikannya. Dengan ini akan menimbulkan semangat sepunya dalam kalangan ahli dalam menentukan langkah pergerakannya bersama BKAWM.


MAT BKAWM juga bakal menyaksikan sesi kepimpinan yang lalu melabuhkan tirainya dan sesi kepimpinan baharu yang akan meneruskan kesinambungan gerak kerja menjayakan matlamat dan tujuannya. Yang sudah berlalu, jadikan pedoman dan pengajaran, jangan terus dilupa apa yang dah berlaku supaya tidak berulang situasi yang pernah dihadapi. Fikirkan ke hadapan untuk gerakan mahasiswa Islam ini menyusur maju memimpin serta membentuk mahasiswa dengan fikrah dan sahsiah yang unggul. Dengan ini melahirkan produk generasi yang berkesedaran tinggi terhadap perjuangan menegakkan Islam sebagai amalan hidup yang syumul bagi umat.


Sesungguhnya keberadaan kita dalam medan ini boleh jadi sebab kita ada kelebihan, maka kita salurkan kelebihan itu untuk maslahat umum. Boleh jadi kita tak ada kelebihan, maka di sini kita dibentuk untuk memberikan kebaikan. Boleh jadi kita ada banyak kekurangan, maka di sini kita latih diri untuk atasi segala kelemahan sehingga menjadi insan yang bermanfaat buat orang lain.


Rasulullah SAW bersabda:

خير الناس، أنفعهم للناس

"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia yang lain."


Berusahalah untuk buat yang terbaik walaupun pada zahir kita adalah persatuan pelajar, tetapi hakikatnya juga persatuan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab melaksanakan amal Islami bagi komuniti mahasiswa Wilayah Persekutuan di Mesir.


Dengan ini ana mengucapkan selamat bermesyuarat buat seluruh ahli BKAWM dalam MAT kali ini. Semoga segala perbincangan dan perbahasan berjalan dengan lancar. Akhirnya membuahkan keputusan bersama yang mantap, menyeluruh lagi diberkati Allah SWT.


Salam ukhuwah,

Nur Hidayahtul Aiman.

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]