Jaulah AJKT- BKAWM Melebarkan Ukhuwah Di Bangunan ARB


KAHERAH, 7 MEI- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) melunaskan janjinya apabila menziarahi anak-anak Wilayah di bawah tajaan Yayasan Taqwa yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mereka seramai 20 orang kini menetap di bangunan Amanah Raya Berhad (ARB) bersama-sama mahasiswa ARB. Mereka semua terdiri daripada mahasiswa Pengajian Islam.

Saf kepimpinan AJKT dan HEWI BKAWM di sambut oleh pemangku warden ARB, Saudara Nazrul sejurus sampai di pekarangan bangunan ARB.

Majlis ramah mesra bermula dengan ucapan wakil ARB, Saudara Nazrul yang berbesar hati menyambut kedatangan BKAWM bagi merapatkan hubungan ukhuwah antara dua hala.

Seterusnya, sesi taaruf kepimpinan BKAWM sesi 2010/2011 serta pengenalan tentang porfolio masing-masing.

Di ARB juga yang menarik di sini ialah, semua ahli Wilayah bertaaruf kepada kepimpinan BKAWM dan sesi soal jawab dibuka kepada mana-mana ahli yang ada sebarang pertanyaan.

Di akhir ramah mesra, dipertontonkan dengan video OPS PIRAMID dan montaj Wilayah Family Carnival 2011 (WARNA '11) serta jamuan.

Sebelum AJKT dan HEWI BKAWM pulang, di kesempatan yang ada menziarahi syaqah ARB dan bergambar beramai-ramai sebagai seribu satu kenangan di memori ARB.

" Kami mengharapkan kedatangan BKAWM akan mengukuh ukhuwah dan kerjasama antara dua hala seperti dalam bidang pengurusan serta menambah keberkatan dalam ARB ini", ujar Saudara Naqiuddin.







0 comments:

Post a Comment

Blogroll