“KEJAYAAN MILIK SEMUA” - Shahanim Shakirah, Timb UPEP
Bismillahirrahmannirrahim..
Untuk yang pertamanya, marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNYA kita masih hidup untuk mengumpul bekalan sebelum bertemuNYA. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat & keluarga kerabat baginda.
Baginda berwasiat, “aku tinggalkan kamu dua perkara (harta) yang kekal selamanya iaitu Al-Quran & Sunnahku. Kehidupan yang berlandaskan dengan dua perkara (harta) ini, insyaAllah membawa kita ke arah orang yang berjaya.
Atas sebab apa kita belajar dengan rajin siang dan malam kalau diri kita hanya mahu semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Atas sebab apa kita berdoa hanya untuk diri semata-mata mahu lulus dalam peperiksaan tetapi tidak berdoa untuk teman-teman yang lain?
Sepertimana mafhum Hadis “setiap amalan berdasarkan niat”. Apa yang diniatkan itulah yang tuhan berikan. Skop amalan sangat besar termasuk menghadapi peperiksaan. Maka, berniatlah kerana Allah dalam setiap amalan.
Tidak dapat tidak, Allah akan memberikan lebih daripada apa yang kita pohon. Setiap cabaran dan ujian dalam kehidupan merupakan peluang dan tarbiah daripada Allah untuk kita tambah keimanan kepadaNYA. Kegagalan adalah pemula kepada sebuah kejayaan.
Jangan kita anggap kegagalan pengakhiran buat diri kita. Tajdid niat mulakan langkah peperiksaan yang bakal kita hadapi beberapa minggu lagi, hanyalah ujian kecil daripada Allah untuk menguji keimanan hamba-hambaNYA.
Pada saat inilah, kita perlu berlumba mengumpul ilmu dan berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat cintakan ilmu. Peperiksaan ini hanyalah indikator jangka pendek kepada usaha kita. Jadi, peperiksaan sebenar menanti di akhirat, maka mulakan langkah untuk persiapkan diri membawa bekalan & pemberat neraca mizan kita.
Akhir kata, lakukan yang terbaik dengan usaha, doa dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Semoga kita memperolehi kejayaan di sini dan di akhirat sana.
Salam perjuangan untuk semua dan selamat menjalani peperiksaan dari saya dan seluruh pimpinan AJKT dan HEWI BKAWM Sesi 2010/2011.

Comments
Post a Comment