Tabung Kebajikan - Kelahiran Baru Permata BKAWM


ISKANDARIAH, 14 MEI - Sekalung tahniah buat Ustazah Farah Nabihan bt Mohammed dan pasangannya , Ustaz Khubbaid Ibnu Hadi bin Che Man di atas kelahiran putera mereka yang kedua.

Putera yang diberi nama Khalifah Muhammad Syamikh ini lahir tepat jam 12 tengah hari di Hospital Ahram, Iskandariah melalui pembedahan.

Sehubungan dengan itu pada hari Rabu yang lalu, Timbalan Bendahari Agung yang juga pemangku Timbalan Lajnah Kebajikan, Saudari Nurul Ashikin Bt Kamaruddin serta Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) BKAWM cawangan Iskandariah, Saudari Nurul 'Izzah Bt Zaharullai telah menziarahi dan menghulurkan sedikit sumbangan.

Pihak BKAWM mendoakan semoga Ustazah Farah Nabihan cepat pulih, dan anaknya Khalifah Muhammad Syamikh sentiasa dalam keadaan sihat dan di rahmati serta menjadi anak yang soleh dan penyambung risalah dakwah Nabi Muhammad S.A.W.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]