Jaulah AJKT- BKAWM Mengukuhkan Perpaduan Di Zagaziq

ZAGAZIQ, 2 MEI- Pengembaraan AJKT BKAWM ke cawangan diteruskan lagi ke destinasi yang seterusnya dan juga terakhir iaitu Zagaziq.

Kekuatan ahli BKAWM yang belajar di Zagaziq seramai 50 orang seperti di Iskandariah. Pejalanan yang memakan masa selama tiga jam dari Iskandariah akhir sampai di Bumi Zagaziq jam 3 petang.

Setelah sampai di Zagaziq, AJKT BKAWM telah di sambut oleh Saudari Najuwa bti Sazali wakil PERMAS di Zagaziq dan wakil AJKT Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagaziq (DPMZ), Saudara Zuhaili serta beberapa orang AJKT DPMZ.

Sesi beramah mesra bersama ahli telah dilakukan di Markaz DPMZ selepas asar dan kehadiran ahli BKAWM cukup memberangsangkan seperti di Tanta dan Iskandariah. Walaupun kebanyakan daripada mereka baru selesai pengajian di kuliah masing-masing.

" Selamat datang kepada AJKT BKAWM dan dengan harapan agar ukhuwah di antara kita akan lebih utuh dan kuat. Terima kasih sekali lagi kerana sudi datang ke Bumi Zagaziq. " ujar wakil PERMAS, Saudara Syazwan.

" Ahlan Wasahlan kepada AJKT BKAWM ke Zagaziq dan ana harapkan agar ahli BKAWM di Zagaziq dapat mengenal lebih rapat lagi dengan BKAN anda dan seterusnya membantu membina kekuatan BKAWM. " kata Saudara Zuhaili.

Seterusnya majlis ramah mesra bermula dengan sesi taaruf dari semua AJKT dan HEWI BKAWM serta porfolio dan sesi soal jawab atau cadangan ahli ke peringkat BKAWM. Respon yang cukup baik dari kalangan ahli BKAWM di Zagaziq.

Akhirnya, penyampaian cenderadurja kepada wakil PERMAS dan AJKT DPMZ serta tayangan video OPS PIRAMID dan montaj Wilayah Family Carnival (WARNA '11). Tidak ketinggalan sesi fotografi bersama ahli di Zagaziq.







Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]