Jaulah AJKT- Layanan Mesra Warga Tanta Dan Iskandariah
ISKANDARIAH, 1 MEI- Apabila mengimbas kembali pada awal-awal penubuhan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di Mesir, ahlinya cukup sedikit ketika itu. Kini setelah menjangkau usia 12 tahun, ahli BKAWM semakin meningkat setahun demi setahun.
Sebahagian ahli berada di cawangan-cawangan seperti Tanta, Zagaziq, Iskandariah dan lain-lain cawangan di Mesir ini. Justeru itu, AJKT dan HEWI BKAWM telah mengadakan Jaulah AJKT di cawangan yamg mempunyai ramai ahli Wilayah.
Jaulah ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan BKAWM itu lebih terperinci kepada ahli-ahli Wilayah di cawangan dan merapatkan ukhuwah sesama ahli dan AJKT dan HEWI BKAWM. Pengembaraan ziarah ahli ini mengambil masa selama dua hari, Ahad dan Isnin.
Pada hari pertama, AJKT BKAWM mengunjungi ke Bumi Badawi, Tanta sebelum petangnya ke Iskandariah. Kekuatan ahli BKAWM di sana seramai 94 orang termasuk Pengajian Islam dan Perubatan. Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) BKAWM di sana bagi Pengajian Islam ialah Saudara Wan Ahmad Amini dan PERMAS BKAWM untuk Perubatan Saudara Sufian Mohd Ghazali dan Saudari Nur Adilah.
Di Tanta, wakil Dewan Perwakilan Mahsiswa Tanta (DPMT) Saudara Md Amin selaku Timb. Pengerusi DPMT menyambut sejurus AJKT tiba di sana. Apa yang menarik di sana, setiap ahli BKAWM yang hadir dapat memperkenalkan diri kepada AJKT dan suasana serta layanan daripada warga Tanta cukup baik dan mesra. DPMT mengalu-alukan kedatangan BKAWM agar terjalin ukhuwah dan kesatuan bersama dalam menyelusuri lembaran dakwah di Mesir.
Selepas melepaskan rindu di Tanta, AJKT meneruskan perjalanan ke Iskandariah antara sebuah bandar yang menjadi tumpuan pelancong. Seramai 50 orang ahli BKAWM di Alex termasuk Perubatan. Wakil PERMAS, Saudari Nurul Izzah dan wakil Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI), Saudari Sumaiyah Bti Zakaria menyambut AJKT BKAWM di Markaz DPMI.
Sesi ramah mesra bersama ahli bermula dengan ucapan wakil PERMAS dan AJKT DPMI. DPMI menyambut baik kedatangan BKAWM kerana dapat merapatkan ukhuwah antara dua hala dan lebih-lebih lagi DPMI dan BKAWM adalah taakhi Zon B. Ramah mesra yang berlangsung hampir sejam itu diharapkan dapat melahirkan resolusi antara kedua belah pihak. Sebelum bersurai, sesi penyampaian cenderadurja kepada wakil PERMAS dan wakil DPMI.
Comments
Post a Comment