Kebajikan Nadi Utama PMRAM


ARWP, 24 MEI - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan sebuah persatuan yang terbesar dan terunggul di Bumi Anbia ini. Skop gerak kerjanya begitu luas termasuklah kebajikan, kesukanan, thaqafah, pendidikan dan sebagainya.

Petang tadi, dua orang Badan Pengurus (BP) PMRAM iaitu Saudara Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi (Naib Presiden 3) dan Saudara Ahmad Baihaiqi bin Rashid (Bendahari Kehormat PMRAM) yang juga BP Angkat Wilayah telah mengunjungi seorang ahli BKAWM, Saudara Wan Mohd Talha yang di timpa kemalangan baru-baru ini.

Tujuan kedatangan BP PMRAM ialah untuk menyampaikan sumbangan daripada pihak PMRAM selaku persatuan kebajikan di sini.

Ini adalah kesinabungan daripada kunjungan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman dan beberapa orang BP PMRAM baru-baru ini.

Selain itu juga, Saudara Talha sempat menceritakan detik-detik cemas yang berlaku ketika kejadian kemalangan di Lebuhraya Iskandariah-Kaherah kepada BP.

Ini menunjukkan PMRAM begitu prihatin dan mengambil berat di atas keselamatan, pendidikan dan kebajikan anak-anak Malaysia di Mesir.




Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]