38 Pelajar Menerima Tajaan MAIWP

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2012 - Seramai 38 orang pelajar cemerlang SPM dan STPM menerima biasiswa MAIWP bagi melanjutkan pengajian di Mesir. Jumlah keseluruhan biasiswa tersebut bernilai RM 9.04 juta.

30 orang daripada 38 pelajar tersebut akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi manakala 8 orang lagi akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam.


Jumlah biasiswa yang diberikan adalah :

a) Pengajian Islam : RM17,000/ orang x 8 orang x 4 tahun = RM 544,000
b) Perubatan/ Pergigian/ Farmasi : RM47,200/ orang x 30 orang x 6 tahun = RM8,496,000

Biasiswa tersebut telah disampaikan dalam Majlis Penyampaian Skim Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Baitulmal MAIWP (Luar Negara) Tahun 2012 . YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP yang hadir menyampaikan biasiswa berkenaan mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih menerima biasiswa.

“Biasiswa yang diberikan menggunakan peruntukan zakat ini merupakan amanah daripada para pembayar zakat. Oleh itu, manfaatkannya sebaik mungkin untuk menempa kecemerlangan dalam pengajian,” ujar YB Dato’ Seri Jamil Khir.


Sejak biasiswa ini diperkenalkan pada tahun 2007, seramai 140 orang pelajar telah menerima biasiswa ini. Mereka tersiri daripada 43 orang penuntut di bidang Pengajian Islam dan 97 orang penuntut di bidang Perubatan.

Barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 mengucapkan tahniah atas kejayaan dan sangat mengalu-alukan kedatangan 38 pelajar tersebut ke bumi Mesir. BKAWM sebagai organisasi yang menjaga segenap aspek kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan bersedia menawarkan sebarang bantuan kepada pelajar-pelajar tersebut.


‘ Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan ’

‘ Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan ’

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]