Diskusi Kitab Membentuk Sahsiah


KAHERAH, 2 Ogos 2012 - REIDHWAN`12 anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012 meneruskan pengisian berbentuk thaqafah dengan mengadakan diskusi kitab Takwin Syakhsiah Islamiah. Penganjuran diskusi kitab ini selari dengan objektif pertama REIDHWAN`12 iaitu ‘Menghidupkan Ramadhan dengan ibadah dan thaqafah’.

Majlis diskusi kitab bermula sekitar jam 5.00 petang, dibentangkan oleh pendiskusi yang dijemput khas iaitu saudara Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin. Beliau merupakan mahasiswa tahun 4 Jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau memegang jawatan sebagai Badan Pendidikan dan Penyelidikan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012 dan juga merupakan Badan Pengurus angkat bagi PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan.

Saudara Zuhairi selesai mendiskusikan kitab ini sekitar jam 6.40 petang. Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2011/2012, saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah mewakili pihak penganjur menyampaikan cenderahati kepada kepada saudara Zuhairi. Majlis ditangguhkan dan kemudiannya diteruskan dengan Iftar Jamaie yang diselia oleh Unit Seliaan VIP dan Jamuan (U-SERVE ) REIDHWAN`12.


Turut hadir dalam Iftar Jamaie REIDHWAN`12 ialah Ahli Jawatankuasa Tadbir Hal Ehwal Wanita Islam (AJKT HEWI) angkat PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan. Iftar Jamaie dimulakan dengan santapan ringkas selepas masuk waktu berbuka puasa. Selesai solat fardhu Maghrib berjemaah, Iftar Jamaie diteruskan dengan jamuan di sebelah siswa dan siswi.

Majlis ini dijalankan selaras dengan objektif pertama REIDHWAN’12 iaitu ‘Menghidupkan Ramadhan dengan Ibadah dan Thaqafah. Komuniti pelaksana REIDHWAN’12 akan terus optimis dalam mengajurkan diskusi kitab yang berlainan pada setiap minggu sepanjang Ramadhan demi merealisasikan objektif tersebut.


Barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 dan barisan komuniti pelaksana REIDHWAN`12 menyeru kepada semua ahli BKAWM agar memanfaatkan keberkatan Ramadhan dan sama-sama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan di bawah REIDHWAN`12.

“Amalan Dihayati, Ganjaran Dikongsi, Kegembiraan Dirai”
“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]