Tabung Kebajikan - Ramadhan Bulan Kebajikan

Kaherah,28 Julai 2012 : Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan dipenuhi dengan ganjaran pahala, Lajnah Kebajikan mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan kepada ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang berada di Kaherah.

Tahun ini merupakan tahun kedua Lajnah Kebajikan menyampaikan sumbangan Ramadhan untuk menjaga kebajikan ahli yang kurang kemampuan. Antara sumbangan yang diberikan ialah makanan asasi utama seperti minyak,gula dan tepung. Bilangan rumah yang menerima sumbangan ialah 20 buah rumah,10 sumbangan diedarkan ke semua rumah siswa dan siswi di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir(ARWP), 4 sumbangan diedarkan ke rumah sewa siswa, 2 sumbangan lagi diedarkan ke rumah sewa siswi, dan 4 sumbangan yang berbaki diedarkan kepada pasangan-pasangan mutazawwijin BKAWM.

Sumbangan ini bertujuan untuk merebut ganjaran pahala dibulan yang mulia serta mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli dengan Badan Kebajikan Ahli Wilayah Persekutuan Mesir. Lajnah Kebajikan BKAWM sesi ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua ahli BKAWM, semoga Ramadhan pada tahun ini menjadikan kita dari kalangan orang-orang yang bertakwa.

'Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan'

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]