Iftar Mahabbah Gabungan Dua Generasi


KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2012 – Majlis Iftar Mahabbah (berbuka puasa) telah dianjurkan di bawah program Bakti Siswa Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2011/2012. Majlis tersebut telah diadakan di kediaman saudara Ibrahim bin Nik Yahya yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang.

Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpulkan dan mengeratkan hubungan sesama ahli BKAWM yang pulang bercuti di Malaysia dan generasi pendokong BKAWM yang terdahulu yang telah menamatkan pengajian.

Majlis dimulakan dengan jamuan berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan seterusnya perbincangan berkaitan perancangan program Bakti Siswa yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

BKAWM adalah sebuah persatuan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Sepanjang lebih 13 tahun BKAWM menawarkan kebajikan tidak pernah sepi dari cabaran dan tribulasi. Namun persatuan ini tetap teguh memenuhi setiap keperluan ahli.

“Kesatuan yang telah terbina hasil titik peluh golongan yang terdahulu perlulah dipelihara bagi menjamin kesinambungan BKAWM pada masa akan datang dan bagi merealisasikan tiga visi BKAWM sesi ini iaitu Kesatuan, Kebajikan dan Kecemerlangan” ujar saudari Rafida binti Haniffa, timbalan pengarah Bakti Siswa BKAWM yang juga merupakan timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2011/2012.

Hasil pertemuan dalam Iftar Mahabbah ini, pelbagai perancangan telah dirangka hasil gabungan idea dua generasi. Komuniti pelaksana Bakti Siswa BKAWM dan barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir dalam majlis tersebut.

Semoga pertemuan dalam majlis ini mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. BKAWM akan merangka lebih banyak program berbentuk santai seperti ini samada di Malaysia atau di Mesir selaras dengan misi kedua BKAWM sesi 2011/2012, ‘Bertindak sebagai medium kesatuan dan kebajikan’.

‘Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan’
‘Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan’

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]