[ BERITA: IJTIMAK FASILITATOR ]





KAHERAH, 15 November 2017: Jabatan Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan telah mengadakan Ijtimak Fasilitator buat julung kalinya bagi sesi 2017/2018 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Wilayah Persekutuan. Program ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan seluruh fasilitator di peringkat BKAWM bagi meningkatkan thaqafah. Pengisian kali ini telah disampaikan oleh saudara Muhamad Hasrik Iskandar bin Zakaria, Ketua Unit Perancang, Jabatan Timbalan Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) 2017/2018.








Di akhir pengisian, hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM, saudara Amirul Hakim bin Mohamad Razib sebagai tanda kenang-kenangan. Program diteruskan lagi dengan liqo fasilitator sebagai medium kepada para fasilitator menyampaikan masalah serta cadangan bagi penambahbaikan perjalanan Discussion Group. Program berakhir dengan jamuan makan dan bersurai. Semoga dengan pengisian yang diadakan, dapat mengukuhkan ilmu serta dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan fasilitator.



Jabatan Fasilitator,
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
BKAWM sesi 2017/2018.



"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]