[ BERITA: KURSUS BENDAHARI (TREASURE IT) ]


  

KAHERAH, 11 November 2017 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah berjaya melaksanakan satu kursus yang diberi nama Kursus Bendahari (Treasure It) di bawah kelolaan Jabatan Bendahari Agung dengan kehadiran yang memberangsangkan.

               Tujuan utama kursus bendahari diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berkemahiran dari segi pengurusan kewangan organisasi dan menyelaras etika dan gerak kerja umum bagi setiap bedahari Jabatan, Lajnah, Unit dan Program BKAWM. Kurusus ini dirasmikan oleh Yang Dipertua BKAWM.

               Tiga penekanan utama diberikan kepada peserta merangkumi bidang tugas umum bendahari, laporan kewangan harian persatuan dan akaun akhir persatuan untuk menuju kepada Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM.





               Slot pertama “Meet The Treasurer” telah disampaikan oleh Saudara Shahrul `Arif bin Shahrul Azhar, Ketua Jabatan Bendahari Kehormat dan Jabatan Ekonomi PERUBATAN sesi 17/18. Slot ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh bendahari persatuan bagi meneruskan perjalanan sesebuah persatuan.

               Slot kedua “Catatan Akaun” telah disampaikan oleh saudara Adam Syukri bin Mohamad, Mantan Bendahari Agung BKAWM sesi 16/17. Pengisi membentang garis panduan untuk mencatat laporan kewangan harian, kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan panduan mudah bagi peserta untuk memahami tugas dan tujuan selaku bendahari. Pada akhir slot ini diadakan latihan gerak kerja berkumpulan untuk menguji tahap kefahanam peserta.

               Slot ketiga “Malaysia Public Sector Accounting Standard” telah disampaikan oleh saudara Mohd Asrool Hasbullah Bin Shuib, Juruaudit BKAWM sesi 17/18. Slot ini menerangkan keperluan mengikut  Accounting Standard dan kesalahan-kesalahan yang melanggar undang-undang di Malaysia. Pengisi juga menerangkan tentang cara memahami akaun persatuan secara menyeluruh bagi menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM.




               Kursus Bendahari diakhiri dengan ucapan Timbalan Pengarah, Saudari Ayeshah binti Awallul Azmi dengan harapan agar kursus ini dapat memberi kefahaman kepada semua peserta dan dapat dipraktikan dalam menjalankan tugas selaku bendahari BKAWM kelak.


Pengarah,
Kursus Bendahari (Treasure It),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekuruan Mesir,
BKAWM sesi 2017/2018.


"Cekap dan Proaktif"

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Loading...